Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 13, 2021 @ 11:59am

“Tolong Selitkan Doa, Keadaan Mak Sangat -Sangat Tak Baik”- Achey Mohon Doakan Ibunya

Sebelum ini Achey telah memaklumkan 7 ahli keluarga beliau dilaporkan positif COVID-19, termasuklah ibunya, Ngaisah Hassan, yang kini berusia 73 tahun.

Menurut Achey, ibunya kini telahpun ditempatkan di tahap empat dan memerlukan pemerhatian rapi.

Menerusi perkongsian di laman instagram miliknya pagi tadi, Achey memaklumkan bahawa keadaan ibunya kini tidak baik dan berharap doa daripada semua di luar sana.

“Salam Subuh. Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini. 

“Tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang itu diisi untuk mak saya. Ngaisah Binti Hassan” tulisnya.

Malah,  ibu Achey juga difahamkan mengalami radang paru-paru selain turut mengalami demam dan terpaksa tidur secara meniarap.

Terdahulu, Achey memberitahu bahawa keluarganya mula dijangkiti wabak berkenaan bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Oct 2024

Lebih Setahun ‘Menyepi’ Di Platform X, Fazura Respons Status Individu Wanita Kesal Suami Curang

Wow, ramai juga yang kata Faz seakan -akan beri hint sebab buat hantaran macam tu😱😱😱

Hiburan Fri, 27 Sep 2024
Trending Fri, 17 Apr 2020
Bulan Madu Mon, 14 Jul 2025
Trending Tue, 24 Sep 2019

Pertandingan Cari Kentut Paling Merdu

hanya di India sahaja ye, apa kata kalau anjurkan di Malaysia mesti ramai yang nak sertai

Featured Wed, 13 Mar 2024
Trending Sun, 24 Apr 2022

Nelayan Warga Asing Ceroboh Perairan Negara, RM2 Juta Hasil Laut dan Diesel Dirampas

Hasil laut,diesel RM2 juta dirampas, nelayan warga asing ditahan.

error: Content is protected !!