Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 19, 2021 @ 6:53pm

PN Setuju Secara Bersyarat Namakan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sokongan itu diberikan oleh 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, 18 Pas dan satu daripada STAR termasuk empat bebas.

“Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan,”.

Beliau juga telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk Kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Aug 2025

Fauziah Sarman Bakal Nikah? Hantaran Shila Amzah Jadi Tumpuan – “Fokus Untuk Hari Bahagia Okay”

Shila dilihat memuat naik foto ibunya yang tersenyum manis beserta kapsyen.

Trending Sat, 31 Oct 2020
Trending Sat, 20 Apr 2019

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Hanya kerana percaya habis duit hantaran lesap

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

“Nak Menangis Tengok Mereka Berebut Tiket…” – Siti Nurhaliza Tersentuh Pengorbanan Peminat Sanggup Labur Duit & Masa Demi Konsert Gema Bumantara

Siti berkata, dia sempat mengikuti perkongsian peminat di media sosial yang memaparkan pelbagai reaksi ketika sesi jualan tiket

Featured Sun, 29 May 2022
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Patutlah Cantik…Kourtney Kardashian Bongkar Rahsia!

Patutlah cantik adik-beradik Kardashian ni…

Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

Trending Wed, 23 Oct 2019
error: Content is protected !!