Trending By: Salma Syahbuddin August 21, 2021 @ 1:31pm

Dafi Akui Ismail Sabri Bapa & Pemimpin Yang Terbaik – “Dia Pernah Hidup Susah, Jadi Dia Tak Nak Orang Lagi Susah”

Pelakon dan penyanyi yang digilap bakatnya menerusi program realiti nyanyian, Dafi Ismail Sabri mengakui bapanya yang juga Perdana Menteri Ke-9 merupakan seorang yang bertanggungjawab dan dapat memimpin negara dengan baik.

Menurutnya, keperibadian bapanya yang sangat bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan negara adalah bukti bahawa ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah.

“Saya meletakkan diri saya sebagai seorang rakyat Malaysia biasa.  Sudah tentu bila ada pemimpin yang baharu, kita mahukan beliau lakukan yang terbaik dan saya yakin papa akan lakukan sebaik mungkin”

“Saya melihat dia seorang yang bekerja keras dan kejayaan beliau ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah”

“Sejujurnya hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu betapa dia seorang bapa yang terbaik. Begitu juga apabila dia menjadi pemimpin yang inginkan terbaik untuk seluruh rakyat”

“Dia pernah hidup susah sebab itu dia tak nak lihat orang lagi susah”katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada Jumaat selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya pada 16 Ogos lalu.

 

Sumber : Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Trending Mon, 19 Aug 2019

WKNDFEST is Cancelled?!

Rumours have said that WKDNFEST is cancelled! What?! No way!

Trending Mon, 11 Feb 2019
Featured Fri, 29 Oct 2021
Featured Thu, 14 Oct 2021

Adele Umum Bakal Muncul Album Baru Bulan Depan

Penyanyi terkenal, Adele mengumumkan bahawa album baharunya yang berjudul 30 akan dilancarkan pada 19 November ini. Adele membuat pengumuman itu menerusi ‘tweet’ di Twitter semalam. “30 – November 19,” tulisnya ringkas. 30 – November 19 […]

Trending Thu, 25 Oct 2018

The Taller You Are, the More Likely You’ll Have Cancer!

Being short is pretty good after all…

Trending Mon, 16 Mar 2020
Cahaya Mata Sat, 15 Jul 2023