Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2021 @ 3:07pm

Isu Fitnah Sheila Rusly & Keluarga, Blogger Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly berang dengan tindakan blogger dan netizen yang menyebarkan fitnah mengenai keluarga dan menantunya, pelakon Elisya Sandha.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram yang dikongsikan semalam, Sheila atau lebih mesra dengan panggilan Sis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak terbabit tidak menunjukkan bukti terhadap berita yang disebarkan.

“Jangan sampai saya ambik tindakan undang-undang. Diam saya tak bemakna kami kalah.”

“Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti. Saya sanggup berdepan.” Tulisnya.

 

Laporan polis telahpun dibuat

Terbaharu, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik oleh Sis, beliau dan suami telahpun membuat laporan polis mengenai fitnah yang disebarkan oleh pihak terbabit.

“Saya tak main-main bila melibatkan maruah keluarga.”

Permohonan maaf secara terbuka terhadap kapsyen berbaur fitnah

Justeru itu, menyedari kesilapan yang dilakukan serta respon yang dikeluarkan pihak keluarga Sheila, akhirnya blogger dengan nama Kaki Komen tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun sosial medianya hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, pihaknya memohon maaf secara terbuka susulan penerbitan kapsyen yang didakwa berbaur fitnah terhadap keluarga Sheila dan Elisya.

“Kami selaku admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan kapsyen mengenai Elisya dan Sheila.

“Dengan ini, kami ingin memohon maaf kepada keluarga Jinggo (suami Sheila), Sheila, keluarga Elisya dan mengakui kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi lagi,” jelasnya.

“Sesungguhya dosa dan pahala, Syurga neraka itu benar”

Bukan itu sahaja, pihak Kaki Komen turut berpesan kepada blogger diluar sana agar sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang berita.

“Saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat posting kerana sesungguhya dosa dan pahala, Syurga neraka itu benar.”

Terdahulu, Uzair dan Elisya selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan secara ringkas dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pada Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kaki Komen (@kaki_komen_)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

Hiburan Sun, 1 Mar 2026

‘Takedown’ Video Bukan Sekadar Gimik, Agy Mohon Maaf Secara Terbuka Isu MV Lala Raya

Agy memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi muzik video Lala Raya yang didakwa menyentuh sensitiviti agama.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Fri, 10 May 2024
Hiburan Sat, 25 Nov 2023
error: Content is protected !!