Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 26, 2021 @ 5:55pm

Isteri Pelakon Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan Akibat COVID-19

Pelakon Badrol Shah atau Bad, 39, reda dengan pemergian isterinya, Farah Sheila Mazlan selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19.

Bad mengumumkan berita duka itu menerusi hantaran di laman Instagramnya.

“Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya”  kata Bad seperti dilaporkan Harian Metro.

Allahyarham Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat meninggal dunia selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19.

Rakan artis dan peminat turut menghujani ruangan komen dilihat dengan ucapan takziah kepada dirinya.

Difahamkan, isterinya disahkan meninggal dunia di HKL pada jam 8.15 pagi, hari ini.

Pemergian isterinya itu meninggalkan tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan Allahyarhamah yang pertama iaitu Putri Farah Nordina Dania,12, Putri Farah Nordina Zawana,11, dan Putri Farah Norhaziqah yang kini berusia 7 tahun.

Bad pernah membintangi filem Busut Bonang dan Senario Pemburu Emas Yamashita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Tue, 1 Nov 2022

Buat Kerja Amal, Shaza Bae Jual Sebahagian Baju Untuk Didermakan

Pelakon tinggi lampai Shaza Bae meraih pujian warganet kerana menjual baju-bajunya dan separuh keuntungan hasil jualan baju tersebut akan didermakan kepada golongan yang memerlukan. Shaza memberitahu kepada warganet semasa sesi live di Instagram, dia merupakan […]

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Ini Datin Seri Bukan Mak Cik Ya”- Aliff Syukri Belanja Isteri Barang Kemas RM1.5 Juta

Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video pendek di akaun Instagram miliknya.

FESYEN Fri, 12 Jul 2019

It’s Not TeaLive But Tea Hair, This Peculiar Hair Color Went Viral On Social Media

People is taking Bobba tea to another different level!

Events Wed, 10 Jul 2019

陈昇831来马首开个人演唱!大赞「马爷爷」好酷

陈昇出道30年,8月31日来马首开个人演唱;适逢国庆日及首相敦马哈迪生日,陈昇大赞「马爷爷」好酷!

Trending Fri, 9 Apr 2021
error: Content is protected !!