Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 28, 2021 @ 2:17am

Ejen Ali Misi: Juang Menang Di ContentAsia Awards 2021

Filem pendek Ejen Ali Misi: Juang hasil kolaborasi Primeworks Studios dan WAU Animation berjaya meraih trofi kategori Best 3D Animated Kids TV Programme di ContentAsia Awards 2021.

ContentAsia Awards merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf kandungan terbaik serata Asia, termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

Misi: Juang yang mula dilancarkan pada 25 Disember tahun lalu merupakan tanda penghargaan Ejen Ali kepada petugas barisan hadapan yang memberikan sumbangan tanpa batas untuk menentang wabak Covid-19.

Dimuat naik di saluran YouTube rasmi Ejen Ali, video berdurasi 3:21 minit itu meraih lebih 16.8 juta tontonan semenjak ia ditayangkan.

Misi: Juang menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera Covid-19 yang mengancam nyawa.

Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang membawa watak cameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.

Untuk maklumat terkini mengenai EJEN ALI, sila layari platform dibawah YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter menggunakan kata kunci carian ‘Ejen Ali’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 5 Jun 2025

AIM24 Perkenal 3 Kategori Baharu, Ketepi Syarat Lama & Habuan Lebih Besar Menanti Pemenang

Kategori baharu ini pengiktirafan terhadap usaha dan kreativiti bakat tempatan teroka pasaran luar.

Featured Thu, 24 Oct 2024

Debaran Kian Terasa, Saksikan Final Showcase #XTRAXSTAR2024 Esok!

Jangan lupa saksikan #XTRAXSTAR2024 final esok okay! 🫡✨

Trending Tue, 9 Jan 2018

MEME COME TRUE: MAN BURNS HOUSE DOWN WHILE TRYING TO KILL SPIDER

We all know the meme about burning the house down if there’s a spider in it. But who would have thought that it would happen for real?!

Kes Mahkamah Mon, 18 Mar 2024

Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Fitria menyatakan dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi sepucuk surat yang ditinggalkan dalam kereta bekas pemain bola tersebut pada 28 Februari lalu – Isteri Safee Sali

Featured Sun, 8 Dec 2024

Taeyang Curi Perhatian Sheila Majid, Pukau Penonton Dengan Nyanyian ‘Antara Seoul & Malaysia’ Di Konsert The Light Year 2024

video nyanyian Taeyang itu juga menjadi antara sohor kini di platform X sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

Featured Mon, 12 Jul 2021

Sukar Bayar Ansuran, Moratorium 3 Bulan Perlu Buat Individu Punya Tunggakan Lebih 90 Hari

Isu moratorium dan pinjaman saban hari masih menjadi perbincangan dalam kalangan rakyat. Justeru, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan berkenaan pinjaman moratorium. Menurut, Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia […]

error: Content is protected !!