Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 27, 2021 @ 9:15pm

Kayda Aziz Bakal Lancar Muzik Video Bertemakan Merdeka

Penyanyi rap, Kayda Aziz bakal melancarkan muzik video baharu bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64.

Mengetengahkan jalan cerita yang melibatkan penampilan usahawan tempatan, Kayda beroleh inspirasi selepas melihat usaha mereka dalam membangunkan ekonomi tanah air.

“Bekerjasama untuk kempen Hari Merdeka merupakan pengalaman yang menggembirakan dan ia telah membuka mata saya. Saya memperoleh inspirasi apabila mengetahui tentang beberapa usahawan tempatan yang berjaya yang menjual produk mereka.

“Saya rasa amat berbesar hati untuk menulis lirik dalam lagu ini dan saya berpendapat bahawa e-dagang di Malaysia mempunyai masa depan yang cukup berpotensi untuk berkembang lagi,” kata Kayda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KAYDA (@sizez3ro)

Menerusi muzik video ini, Kayda bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee sebagai sebahagian daripada kempen #ShopeeSapotLokal.

“Kerjasama dengan pasukan berjalan lancar kerana mereka mempercayai proses penulisan lagu saya dan memahami gaya ekspresi saya dalam muzik. Walaupun terdapat beberapa batasan disebabkan oleh wabak Covid-19, saya berasa bangga.

“Ini kerana, kami masih dapat membuat pengaturan untuk berkumpul bagi menyempurnakan projek ini dengan mengikuti SOP yang ketat semasa rakaman, serta mencipta video animasi yang menampilkan peniaga-peniaga tempatan. Saya amat gembira dengan hasilnya,” katanya.

Rakyat Malaysia dan juga peminat-peminat Kayda boleh mengunjungi halaman Facebook dan Instagram Shopee Malaysia, atau saluran YouTube pada 31 Ogos untuk menonton video muzik tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Sepupu Rihanna Ditembak Mati Selepas Rai Krismas

Kemeriahan sambutan hari Natal penyanyi Rihanna sekeluarga bertukar tragedi apabila sepupunya, Tavon Kaiseen Alleyne, ditembak mati  beberapa jam selepas meraikan perayaan itu bersama. Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Rihanna memuat naik foto dirinya bersama Alleyne […]

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

刘德华演唱会门票预购优惠 5 小时内售罄

刘德华演唱会原定持续三天的门票预购优惠,一开卖就在5小时内售罄,使预购优惠提前关闭!

FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

error: Content is protected !!