Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 31, 2021 @ 6:54pm

Dapat Bayi Merdeka, Issey Fazlisham Sambut Kelahiran Anak Sulung

Pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, menyambut kelahiran anak sulung di Hari Kemerdekaan yang ke-64.

Isteri Issey, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 1.48 petang tadi.

Pelakon yang dikenali menerusi sitcom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini berkongsi berita gembira terbabit di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

“31 Ogos 2021. Jam 1.48 petang. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama. Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya.

Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.

Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 23 Apr 2019
Featured Mon, 19 Jun 2023
Trending Mon, 20 Apr 2020
Featured Wed, 8 Mar 2023
Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Tue, 30 May 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

DAH BERGELAR DATUK, AARON AZIZ TUKAR HALUAN?

Barangkali kegigihannya turun padang dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat membuat Aaron dipandang tinggi bagaikan ‘wakil rakyat’ pula.

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Ucap Selamat Tinggal Kool FM, Liza Tumpu Bisnes Produk Kesihatan

Akui Liza, walaupun sedih terpaksa meninggalkan Kool FM yang sudah dianggap sebagai keluarga keduanya itu, Liza melihat situasi ini dari sudut positif.

error: Content is protected !!