Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 2, 2021 @ 7:07pm

Sebanyak RM99.4 Bilion Dikreditkan Kepada Pencarum i-Lestari, i-Sinar & i-Citra

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, sebanyak RM99.4 bilion caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya dikreditkan kepada pencarum melalui tiga skim pengeluaran yang diperkenalkan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Menurutnya, di bawah pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baru iaitu i-Citra yang membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan bagi  tempoh lima bulan.

“Kemudahan ini dapat menyalurkan sebanyak RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian di mana pembayaran pertama dikreditkan dalam akaun pada Ogos lalu.

“Setakat 19 Ogos, pengeluaran kumulatif i-Citra yang diluluskan sebanyak RM20.2 bilion yang membabitkan 4.87 juta pemohon.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM4.6 bilion berjaya dikreditkan kepada ahli,” katanya.

Selain i-Citra, KWSP turut memperkenalkan skim pengeluaran i-Sinar yang mula dikreditkan sejak Mac lalu dengan beberapa penambahbaikan.

“Penambahbaikan diperkenalkan dengan i-Sinar Tanpa Kriteria yang membenarkan semua ahli KWSP (termasuk pemastautin tetap dan bukan negara) yang berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150 turut dibenarkan membuat pengeluaran.

“Setakat 19 Ogos 2021, pengeluaran kumulatif i-Sinar yang berjaya dikreditkan sebanyak RM58.4 bilion yang membabitkan 6.57 juta pemohon.” Jelasnya.

Terdahulu, sebelum skim i-Sinar dan i-Citra diperkenalkan, KWSP terlebih dahulu menawarkan pengeluaran i-Lestari yang dilaksanakan pada tahun 2020.

Ia sejajar dengan matlamat memudahkan pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP bagi membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

 

Sumber : Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 May 2025

[VIDEO] “Budak Sekarang Lembik, Sikit-Sikit Anxiety” – Syazwan Zulkifly

Syazwan Zulkifly akui generasi kini lebih lembik daripada terdahulu

Featured Fri, 16 Dec 2022

Anthony Loke Menyamar Lagi.. Kali Ini Tinjau Situasi KTM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyamar sebagai penumpang biasa bagi meneliti dan memeriksa sendiri keadaan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Loke menaiki […]

Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Trending Fri, 30 Apr 2021
Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Fri, 29 Oct 2021
Featured Fri, 22 May 2026

“Aku Just Nak Hak Aku Balik, Susah Payah Aku Kumpul Duit Sendiri Tapi Ini Yang Aku Dapat” – Syida Melvin 

Syida mengakui dia hanya mahukan hak miliknya dikembalikan selepas segala pengorbanan dan usaha yang dilakukannya sebelum ini.

error: Content is protected !!