Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 5, 2021 @ 1:20pm

Cara Semak & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Bermula 6 September

Umum maklum, orang ramai bakal menerima bayaran Bantuan Khas COVID – 19 (BKC) yang akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari esok.

Justeru, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC (Bantuan Khas COVID-19).

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran tunai BKC di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021 dan ia dilakukan secara berperingkat

Cara Semakan Kelayakan / Status Pembayaran BKC

Untuk makluman, penerima yang layak menerima BKC adalah individu / keluarga berdasarkan data Permohonan Lulus BPR 2021 dan Data Percukaian (M40).

Pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Penerima boleh membuat semakan status kelayakan melalui cara berikut:

i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021)

ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47

Bagi bayaran BKC secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC Fasa 1.

Berikut merupakan jumlah BKC fasa 1 yang akan diterima mengikut kategori.

Baca artikel berkaitan : Bayaran BKC Dibayar Mulai 6 September, Semak Jumlah Bayaran Setiap Kategori

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Jun 2018
Featured Thu, 17 Nov 2022

“Sampai Kat Gambar Dia, Kemain Helok!” – Netizen Terhibur Lihat Idzham Ismail Throwback Gambar Filem Juvana

Umum mengetahui, filem Juvana merupakan naskhah yang mendapat sambutan ramai penonton dan telah memberi banyak mesej dan pengajaran kepada orang ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Idzham Ismail di laman TikTok […]

Trending Fri, 17 Aug 2018

Gempar! Bas Rempuh Lebih 10 Buah Kereta Di MRR2

Patutlah sesak! Persoalan kenapa laluan dari Jalan Ampang ke MRR2 sesak teruk walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 malam akhirnya terjawab. Kesesakan berpunca apabila sebuah bas yang dipandu laju dilaporkan merempuh lebih daripada 10 buah […]

Featured Thu, 9 Jun 2022
Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Mon, 30 May 2022
Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Thu, 13 Oct 2022

Rizky Billar Akhirnya Ditahan, Dakwa Lesti Kejora Akan Tarik Balik Laporan Polis

Rizky Billar secara rasmi ditahan hari ini selepas disahkan sebagai suspek kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan oleh Lesti Kejora. Ketika dibawa di hadapan kru media, Rizky Billar  yang memakai pakaian penjara berkata isterinya akan menarik […]

error: Content is protected !!