Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2021 @ 12:11pm

Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 Bermula Hari Ini – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulangi kenyataannya berkenaan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 yang akan dikreditkan kepada pemohon bermula hari ini.

Beliau berharap BKC Fasa 1 ini dapat meringankan bebean rakyat yang terkesan akibat krisis pandemik Covid-19.

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. 

“Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan,” katanya dalam satu hantaran menerusi  Facebook pada Ahad.

Sebanyak RM3.1 bilion dana diperuntukan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk bayaran BKC kali ini.

“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.”Jelasnya.

Justeru itu, beliau berharap agar usaha kerajaan ini berjaya demi Keluarga Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Trending Thu, 13 Aug 2020
Trending Sun, 30 May 2021

Haqiem Rusli Umum Kahwin Di IG Live, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini

Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini. Haqiem berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya itu sekitar jam 2 pagi tadi semasa melakukan sesi live di laman Instagram miliknya. Penyanyi yang terkenal dengan […]

Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Pemain World Cup 2018 Yang Paling Pandai Bergaya

Dah bergaji tinggi, mestilah pandai pilih jenama fesyen terkenal!

Hiburan Mon, 17 Nov 2025
Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Harry Styles Didakwa Meludah Chris Pine

Kalau tengok macam betul je Harry ludah Chris. Kesian dia…

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Pelakon Amisah Abdullah Meninggal Dunia

Menurut Persatuan Seniman Malaysia, Allahyarham yang pergi pada usia 52 tahun tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

FESYEN Thu, 9 Aug 2018

Meriah! KLFW 2018 Penuh Warna

Alami kehangatan KLFW dengan pelbagai jenama yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata!

error: Content is protected !!