Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 14, 2021 @ 7:30pm

Pengecualian Bayaran Faedah Bagi Penerima Moratorium Pinjaman Bank – Tengku Zafrul

Menteri  Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, kementerian kewangan mengarahkan institusi perbankan sedia ada untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan segera.

“Ia membabitkan penerima moratorium dari kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada suku keempat 2021,” katanya.

Kerajaan mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.

Moratorium automatik di bawah Program PEMULIH ini menyaksikan tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan.

Malah, tiada semakan akan dilakukan sama ada pemohon hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Proses ini dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan dapat diberi bantuan yang sewajarnya dalam tempoh pandemik ini.

Melalui Bajet 2022, Kementerian Kewangan akan berusaha mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan, serta meningkatkan lagi daya tahan negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Featured Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

#DramaTonton; MATA KETIGA Bakal Goncang Emosi Bermula Hari Ini!

Ritual ini memang dianggap kolot, berdosa namun ada yang berani-berani mencuba.

error: Content is protected !!