Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 15, 2021 @ 8:23pm

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU).

Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti televisyen terkenal ini lebih aktif berjuang melawan stigma masyarakat terhadap OKU dan kesihatan mental.

Menjadi Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH), Ras Adiba kini lebih terbuka berkongsi isu mengenai masalah mental yang semakin parah dalam kalangan masyarakat.

Kepada Xtra, Ras Adiba berkongsi perasaan emosi dan mental yang dialami sewaktu disahkan lumpuh separuh badan.

“Waktu saya menjadi OKU pada tahun 2002. Saya berasa sukar kerana saya tidak tahu bagaimana untuk hidup. Kita kena mulakan hidup dari awal seperti bayi. Saya merasakan diri saya tak seperti dahulu.

“Saya kehilangan sahabat yang saya sangka sahabat sebenarnya mereka hanya kenalan. Saya keseorangan tetapi ada dua, tiga orang sahabat yang memberikan nasihat.

“Sebenarnya yang banyak mendorong adalah diri saya sendiri. Kalau orang bagi nasihat kita tak akan dengar. Jadi diri sendirilah yang sebenarnya banyak membantu.

“Saya bersyukur kerana Ilahi sentiasa berada bersama saya dan tidak pernah meninggalkan saya walaupun sesaat. Saya ingat lagi saya baring di bilik tengok dinding dan berkata, ‘bawalah saya pulang’ kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menjalani hidup seperti ini.

 

“Tiap kali menangis saya merasakan Tuhan menyelimuti saya dan saya merasa tenang. Tuhan tidak pernah mengabaikan kita adakalanya kita yang lupa akan Dia. Sentiasa bersyukur dan berdoa kerana doa kita akan disambut di langit tinggi nanti,” katanya.

Ras Adiba turut menitipkan pesanan beliau buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental untuk tampil berani dan meminta bantuan kepada pihak bertanggungjawab.

Malah, beliau turut menyarankan agar subjek kesihatan mental diterapkan kepada kanak kanak di usia muda di sekolah.

Terdahulu, Ras Adiba terlibat aktif menerusi Hope Symposium 2021′ anjuran Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA).

Bertemakan ‘Thriving in Mental Health with Meaning and Compassion’, simposium yang berlangsung secara maya pada 9 dan 10 September itu bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai isu kesihatan mental, bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Jun 2020
Events Fri, 31 May 2019

#DramaRaya2019 : Masihkah Ada Raya Buatku

Jangan ketinggalan untuk saksikan drama-drama terbaik sepanjang raya ini!

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Selamat Pengantin Baru Dynas!

Dynas dijangka bertemu media petang ini bagi menceritakan butiran dan pengalaman majlis pernikahan.

Featured Wed, 8 Jan 2025

Terus Kunci Mulut, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Rumah Tangga Didakwa Berantakan

‘People will not stop talking’ – Uqasha Senrose

Hiburan Sat, 4 May 2024
Hiburan Sun, 27 May 2018

Baju Melayu Koleksi Ery Putra

Baju Melayu Koleksi Ery Putra di kritik netizen kenapa ye?? Apa yang tidak cantik atau lawa dengan koleksi kali ini

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Gambar ‘Panas’ Tersebar Di Sosial Media, Apa Komen Haqiem Rusli?

Siapa punya kerja agaknya ni eh edit-edit gambar mengarut?

error: Content is protected !!