Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 16, 2021 @ 4:52pm

Here Comes July Kongsi Semangat Anak Muda Pada Hari Malaysia

Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.

HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.

“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.

“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka yang baru tampil dengan lagu Suara Malaysia bulan lalu.

Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.

“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.

“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,” kata mereka lagi.

Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.

“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.

“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.

“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,” tambahnya.

Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJ berharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.

“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.

“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.

“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.

“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!” kata mereka menutup bicara.

Terdahulu, HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

GEGARIA嘉年华8个必打卡点

一个聚集了吃喝玩乐的Gegaria嘉年华,于上周末在新山Plaza Angsana圆满举行!受邀出席采访的小编发现,嘉年华不仅适合老人与小孩,更是年轻人「必去」,因为……实在有太多可以打卡的点, po一个星期都没有问题!

Featured Tue, 11 Apr 2023

Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Congratulations! Kena cepat-cepat amik lesen baru boleh drive okay

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Fri, 8 Apr 2022
familuv Tue, 22 Nov 2022

Imran Aqil Belikan Vakum Buat Ibu, Netizen Cakap: “Muka Mak Dia Sebiji Dengan Dahlia”

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil menghadiahkan ibunya sebuah vakum baharu. @imjeebsterbought my mom a new vacuum, since the old one broke 🤍 hope she likes it.♬ suara asli n_ – Shifaiman Namun, bukan hadiah […]

error: Content is protected !!