Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 20, 2021 @ 12:30pm

“Sebahagian Organ Dalam Sudah Rosak”- Ashraf Muslim Mohon Doa, Bapa Kini Terpaksa Ditidurkan

Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim memohon doa dari semua peminat dan pengikutnya dilaman sosial agar mendoakan kesihatan buat ayahnya, Muslim Bulat, 67, yang terpaksa ditidurkan.

Ashraf dilihat berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pagi ini.

Menurut Ashraf, ayahnya terpaksa ditidurkan atau melalui prosedur intubasi kerana berada pada tahap lima selepas disahkan positif wabak Covid-19 pada Jumaat lalu.

“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat.

“Ayah saya sedang melalui proses yang sukar sekarang ini. Jantung semakin lemah serta sebahagian organ dalam sudah rosak. Saya mohon sangat kepada ahli keluarga dan rakan mendoakan ayah agar kuat dan diberi kesembuhan dengan cepat,” katanya.

Ashraf, 40, atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim juga berharap akan ada keajaiban yang akan berlaku terhadap bapanya itu untuk kembali sihat seperti sedia kala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Tak ada jodoh nak buat macam mana kan gaisss. Semoga Anju terus bahagia dengan pilihan hatinya 🥰

Hiburan Fri, 19 Jul 2019
Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] “Saling Melengkapi! Comel Je ‘Awang’ & Bini Dia..” – Fattah Amin Ajar Fazura Bersilat Raih Perhatian Netizen!

Alahai comelnya pasangan sejoli ni. Fazura support filem, Fattah support bisnes ❤️🥰 They complete each other 🤩

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Fuh…Masih Hot Walaupun Hamil Di Usia 54!

Menerusi gambar yang berjaya dirakam, bahagian perut Brigitte kelihatan besar daripada biasa walaupun aktres itu cuba menyembunyikan perutnya.

Featured Mon, 8 Jun 2026

“Walaupun Seorang Selebriti, Saya Tak Pernah Guna Nama Atau Status Dapatkan Layanan Istimewa” – Rita Rudaini

Rita Rudaini mencuri perhatian selepas menegur budaya kroni atau pilih kasih yang berlaku di sekolah pada hari ini.

error: Content is protected !!