Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2021 @ 1:30pm

Lebih 3.6 Juta Keluarga B40 Bakal Terima Bantuan PPC Covid-19 – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook miliknya memaklumkan, pemberian bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) dapat memberi manfaat kepada 3.6 juta keluarga B40 sebagai persediaan ke arah fasa endemik.

Bantuan PPC dengan peruntukan lebih RM471.6 juta mengandungi antara lain pek pelitup muka guna semula sebanyak empat keping setiap keluarga dan kit ujian kendiri COVID-19 sebanyak empat kit setiap keluarga.

Selain itu, setiap keluarga penerima akan memperoleh satu oksimeter nadi, termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

“Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” jelasnya.

Untuk makluman, secara keseluruhan terdapat 8.4 juta penerima BPR setakat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Tak Gemar Anak Jadi Artis…” – Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Anak Berlakon

Pelakon Mustapha Kamal bimbang apabila anak gadisnya, Salsabil Qur’ani atau lebih mesra dipanggil Bil menyatakan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan. Memetik laporan mStar, Mustapha tidak gemar melihat anaknya itu berlakon namun selepas […]

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Dulu Lain Sekarang Lain, Netizen Terkejut Tengok Gambar Lama Sharifah Husna

Makin cantik kan si dia ni? Semoga terus sukses Husna!

Hiburan Wed, 29 Oct 2025

“Anda Semua Memang Sweet” – Kamal Adli Hargai Usaha Netizen Pujuk Uqasha Senrose

Kamal Adli sebak dan terharu netizen bantu pujuk Uqasha Senrose

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Ahmad Dhani Keluar Penjara, Lagu Dewa 19 Berkumandang Sekitar Jakarta

Usai ketibaan Ahmad Dhani tiba di kediaman di kawasan Pondok Pinang, Jakarta Selatan, ramai peminatnya termasuklah pihak media sudah siap menunggu. 

Trending Fri, 27 Nov 2020

Didakwa Rogol Gadis, Pendakwah Selebriti Ditahan Polis

Pendakwah selebriti didakwa merogol seorang gadis pada tahun lepas.

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Trending Fri, 29 May 2020
Drama Thu, 23 Apr 2020
Featured Wed, 20 Apr 2022
error: Content is protected !!