Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2021 @ 4:30pm

Bakal Tamat Zaman Bujang, Haqiem Rusli Siap Cipta Lagu Buat Bakal Isteri… Sweetnya!

Pelantun lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sebelum ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini.

Haqiem Rusli atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 24, memaklumkan persiapan perkahwinan kini telahpun selesai dan hanya menunggu untuk majlis pernikahan sahaja.

“Sekarang ini saya dah selesai kursus kahwin, ujian HIV, borang-borang semua sudah dilengkapkan.

“Sekarang ini, tinggal tunggu masa untuk pegi ke pejabat agama,” katanya.

Haqiem berkata, perancangan untuk mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran memang ada namun situasi terkini tidak mengizinkan kerana kes COVID-19 masih menunjukkan peningkatan.

“Sekarang kita dah plan, mungkin majlis pernikahan itu dibuat dan majlis resepsi itu mungkin kita buat kecil-kecilan.

“Sebab kita tak tahu boleh buat ke tak, jadi kita doakan lah semoga boleh buat,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Haqiem menerusi sebuah program temu bual yang dikendalikan oleh pengacara, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad pada Rabu.

Selain itu, Haqiem yang merupakan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 33 turut menggubah sebuah lagu buat bakal isterinya yang berjudul Hitam Saksi Putih.

“Hitam Saksi Putih ini maksudnya, hitam itu saya. Sebab saya banyak salah dan dialah banyak memutihkan hati saya,” tambahnya.

Untuk rekod, Haqiem juga tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) menerusi kategori utama Penyanyi Lelaki Popular Xiomi dan Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli Umum Kahwin Di IG Live, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel, Haqiem Rusli & Ukays Top 5 Artis Lokal

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Kontak Rapat, Haqiem Rusli Bersyukur Negatif COVID-19

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 33

ARTIKEL BERKAITAN: “Star Will Always Shine, No Matter He Win Or Not” – Persembahan Haqiem Rusli Di Immortal Songs Buat Netizen Tergamam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jun 2025
Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

‘Arwah Adalah Insan Paling Jujur…’ Posting Jehan Miskin Buat Netizen Sebak

Al- Fatihah buat Allahyarham Profesor Miskin Parkir Mohamad…

Featured Tue, 19 Aug 2025
Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Sat, 14 Oct 2023
familuv Mon, 4 May 2020

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Luah penghargaan buat ibu dan isteri sempena sambutan Hari Ibu

Trending Sat, 26 Dec 2020
error: Content is protected !!