Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 8, 2021 @ 3:54pm

“Tak Ada Siapa Berani Buat Kerja Tuhan, Tapi Ramai Yang Berani Lawan Tuhan!” – Ustazah Asma’ Respon Isu Marketing L*cah Kak KM

Selepas ditegur oleh pendakwah bebas, PU Syed mengenai cara perniagaannya yang dianggap lucah dan mengaibkan diri sendiri, Kak KM pula tampil memberi amaran kepada beliau agar tidak mengambil alih kerja Tuhan sehingga memalukan dirinya.

Namun, isu ini tidak terhenti begitu sahaja apabila pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberi pendapat beliau berhubung isu ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook nya, Ustazah Asma’ menegaskan bahawa teguran yang dibuat oleh PU Syed atau orang awam bukanlah kerana mahu menumpang populariti semata-mata tetapi ia atas dasar tanggungjawab dan amanah.

“Harus faham, kami ni bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

“Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.

“P.U Syed, para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, ia hanyalah alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran. Kami akan dipertanggungjawabkan, “ tulisnya.

 

Sementara itu, Ustazah Asma’ juga bimbang terhadap normalisasi aksi dan percakapan lucah serta mengghairahkan secara terbuka yang dibuat oleh mana-mana pihak semata-mata bertujuan untuk mempromosikan produk dan meraih keuntungan.

“Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak. Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.

“Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan “founder” produk seumpamanya.

“Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, begitu juga dengan jualan, walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan “marketing”, kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita muslim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang, dimana perginya rasa malu dalam diri?” jelasnya.

Tambahnya lagi, teguran ini dibuat bukan lah kerana merasakan diri dijamin syurga, namun atas dasar tanggungjawab dan usaha dakwah yang dilakukan.

“Saya pasti ada yang akan mengatakan kami ini seolah nak me”NERAKAKAN” orang, diri sendiri telah dijamin SYURGA ke, atau seperti tidak pernah berbuat dosa dan mungkin berlagak suci, juga yang berhujjah dengan ayat “kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup masing-masing, jangan disebut aib orang secara terbuka dan lain lain,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Drama Mon, 18 May 2026

“Saya Tumpang Aura Dia” – Zara Zya Teruja Kembali Digandingkan Dengan Adi Putra Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Selepas 11 tahun, Zara Zya & Datuk Adi Putra kembali disatukan dalam drama Luka Di Hujung Setia.

Trending Sat, 14 Apr 2018

Wah! Ikea Singapura Perkenal Crispy Rendang Chicken. Macam Sedap Je

Berikutan dengan penularan isu tersebut, Ikea Singapura telah memperkenalkan hidangan terbaharu mereka iaitu Rendang Chicken Wings.

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Featured Thu, 23 Apr 2020

Tiada solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid mahupun surau

Umat Islam perlu bantu putuskan rantaian COVId-19

Hiburan Mon, 2 Mar 2026
Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Mon, 5 Mar 2018

BTS’s Twitter Account Achieves 13 Million Followers!

No other Koreans have ever achieved this feat.

error: Content is protected !!