Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 8, 2021 @ 7:00pm

“Saya Teramat Sayang Pada Ustaz” – Walau Berbeza Agama & Bangsa, Lelaki Ini Akui Seronok Jumpa Ebit lew

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya berkongsi kegembiraan apabila seorang pemuda berbangsa India hadir pada sesi ceramahnya pada Khamis.

Walaupun berlainan agama dan bangsa, lelaki yang dikenali sebagai Steven Pablo itu sanggup datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengannya atas rasa sayang disamping meluahkan rasa seronok dan ucapan terima kasih di atas usaha yang telah dilakukan UEL selama ini.

“Malam-malam ni tengah saya beri ceramah pada anak muda tiba-tiba ada seorang Indian Non Muslim Steven Pablo. 

“Dari jauh datang. Katanya, dia seronok jumpa. Katanya terima kasih kerana sayang walau berbeza bangsa dan agama. Terima kasih selama ini ebit lew. Saya teramat sayang pada ustaz,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu juga, UEL turut memberitahu bahawa Steven mahu usaha dakwah yang dijalankannya diteruskan sampai bila-bila apatah lagi kawan-kawan beliau yang beragama lain juga sentiasa menyokong dan menyayangi beliau.

“Teruskan usaha ini. Saya bersama ustaz. Saya sentiasa ada dengan ustaz. Semua kawan saya agama lain sayang ustaz. Ustaz guru kami dalam akhlak. Saya sayang ustaz.’ Katanya.

Selain itu, UEL juga rasa bertuah kerana dapat berjumpa Steven walaupun berlainan agama dan kefahaman namun, usaha yang ditunjukkan oleh pemuda itu adalah satu bentuk kurniaan dari Allah.

“Saya orang biasa sahaja. Saya yang bertuah kerana dapat jumpa abang. Jika ada kebaikan semua doa ramai orang. Bukan saya. Ini semua kurnia Allah.

“Steven Pablo nak aturkan program untuk motor jipang semua sekali untuk bantu misi kebaikan ini. Semoga menjadi asbab kebaikan,” jelasnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

AJL40 Separuh Akhir Bakal Bermula, 20 Karya Rebut Tiket Ke Pentas Akhir… Berapa Lagu Akan Layak?

Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir kini bersedia menyaksikan persaingan sengit antara 20 karya terbaik.

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Rakaman Video Betty Rahmad Buat Ramai Netizen Sebak

Tahniah diucapkan kepada Betty Rahmad dan Ardy Damis kerana bakal menimang cahaya mata tak lama lagi….

Featured Mon, 14 May 2018

Trafik Laman Sosial Pelakon Ben Amir Sesak Gara-Gara Dikatakan Seiras Wajah Syed Saddiq

Pelakon meningkat naik Ben Amir terkejut apabila akaun Instagram dan Twitter miliknya dibanjiri komen netizen yang mengaitkan wajahnya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Trending Tue, 26 Dec 2017

8岁罕见疾病男孩为生命在奔跑「最年轻铁人三项挑战者」

在这个“瘦等于美”的扭曲审美观世界,许多人几乎将“胖”视为一种原罪,认为胖的人就是好吃懒做,无法对自己的人生负责任。但肥胖难道真的就像是外界所想的,是无法对人生负责任的一种态度吗?

Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Sweet Qismina Buka Peluang Bersedekah Melalui IG

Semoga peroleh Umrah yang mabrur buat Sweet dan ahli keluarganya…

Featured Mon, 14 Oct 2024

“Risau Bila Rosyam Nor Nak Saman, Saya Ni Penakut Sikit” – Bell Ngasri

Sabarlah Bell… Nasib baik juga Datuk Rosyam Nor tahu awak tu bukan ‘dalang’ nya😎

error: Content is protected !!