Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 20, 2021 @ 7:46pm

Proses Mediasi Gagal, Perbicaraan Penuh Dilanjutkan – Siti Nordiana Dakwa Sering Disindir Di IG Live Oleh Lima Sekawan

Penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa dirinya sering disindir di Instagram (IG) Live penyanyi Lan Solo, sehingga peminat mula menyedari perkara itu dan mempercayai kata-kata fitnah dilemparkan terhadapnya.

Menurut laporan Harian Metro, Nana dalam keterangannya berkata, siaran IG Live oleh lima individu termasuk Lan Solo dan Syura menyebabkan dirinya digambarkan sebagai individu yang angkuh, tidak menghormati orang dan bermoral rendah sehingga mengundang kecaman warganet.

Nana berkata demikian pada perbicaraan hari pertama kes saman difailkan terhadap penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hasim, Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi.

Menjawab soalan peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Lan, Sheila dan Syura sama ada IG Live itu ditujukan kepada beliau atau menyebut namanya, Nana menjawab: “Sebelum ini mereka dah banyak kali sindir saya di IG.”

Azlan: “Anda kata Lan Solo fitnah anda dengan menyatakan ‘sampai tak pandang kita ni siapa’ itu adalah fitnah. Apa perkataan fitnah yang cuba disampaikan?”

Nana: “Apa yang dia cakap, perangai saya tak elok, tidak menghormati orang, saya angkuh.”

“Konon tak pandang mereka siapa dan buatkan orang percaya sedangkan saya tidak pernah buat begitu pada mereka,” katanya.

Akibatnya, Nana berkata, beliau menerima kecaman netizen yang menyatakan beliau seorang bermuka-muka, mempunyai perangai tidak baik dan seorang penghidap bipolar.

“Di IG Live terdapat komen daripada netizen yang turut mengatakan ‘tak sangka Nana begitu, teruknya perangai Nana dan kasihan peminat dia,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal berhubung isu wang yang dibangkitkan, Nana berkata, ia menggambarkan beliau berkira soal wang selain seorang yang kedekut dan artis bermoral rendah.

“Kalau orang lain baca dan mereka akan anggap saya begitu…. padahal saya tidak begitu,” katanya.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Nana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Writ saman yang dihantar secara e-mel itu, turut menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Plaintif turut menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang ditentukan oleh mahkamah.

Prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan bersambung 19 November ini.

Terdahulu, kegagalan proses mediasi tuntutan kes saman fitnah Nana terhadap lima rakannya dilanjutkan kepada perbicaraan penuh bermula hari ini.

Nana ketika ditemui selepas prosiding enggan berkongsi sebarang butiran yang menjadi punca kegagalan mediasi terbabit.

“Program mediasi tu saya tak boleh nak cakap apa yang dibincangkan. Kami menghormati kedua-dua pihak. Yang pasti tak ada jalan penyelesaian ketika mediasi itu. Jadi kita terus ke mahkamahlah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Nov 2025

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Tudung Milik Fazura

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus yang difailkan Obor Holding Sdn Bhd terhadap Pink Fate Sdn Bhd.

Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Kongsi Pengalaman Jadi ‘Rider’, Ezzaty Abdullah Cakna Kepentingan Perlindungan – “Saya Pernah Nampak Sendiri Kemalangan Melibatkan….”

Ezzaty Abdullah menyifatkan pengalaman menjayakan watak sebagai pemandu p-hailing sebagai satu ‘peringatan’

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

“Kami Tak Kejar Besar Semata-Mata” – Issey Fazlisham Gabung Elemen Seni, Keluarga & Komuniti

Issey Fazlisham mahu menyatukan elemen seni, keluarga dan komuniti.

Hiburan Wed, 14 Dec 2022
Featured Mon, 28 Apr 2025

MV ‘Raja Dusta’ Curi Perhatian, Netizen Komen: “Bukan Sebab Nak Dengar Lagu, Tapi Nak Tengok Ketiak Flawless”

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menyorot perhatian ramai selepas tampil dengan muzik video terbaharunya berjudul, Raja Dusta.

Hiburan Mon, 4 Apr 2022

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat Dalam Damba Kasih 2022

Wah, Inteam kolaborasi dengan Sufian Suhaimi!

Featured Fri, 3 Sep 2021
Trending Sun, 10 Nov 2019

MH360 KUL-Beijing Patah Balik Kenapa?

MH360 patah balik jadi takutan buat para netizen , agar insiden MH370 tidak berulang

error: Content is protected !!