Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 27, 2021 @ 11:40am

Puteri Sukarno Peluk Agama Hindu Di Bali, Kini Bergelar Ratu Niang Sukmawati

Anak perempuan kepada bekas Presiden pertama Indonesia, Sukarno iaitu Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri kini dilaporkan telah menukar agama daripada Islam kepada agama Hindu bersempena sambutan ulang tahunnya ke-70.

Memetik laporan CNN Indonesia, upacara menukar agama itu dilakukan di Pusat Warisan Sukarno Bale Agung di Bali dengan pasukan keselamatan dan puluhan hulubalang mengawal ketat lokasi berkenaan.

Dengan memilih gelaran sebagai Ratu Niang Sukmawati, nama itu dikhabarkan terinspirasi selepas Sukmawati dikatakan ‘jelmaan’ Ratu Majapahit Tribhuwana Tunggadewi.

Menurut, pengurus Sukarno Center, Arya Wedakarna juga memaklumkan, nama Ratu Niang Sukmawati itu direstui oleh ketua agama tersebut di Bali selepas satu proses yang panjang dan Diah sudah mendalami agama Hindu.

Difahamkan, upacara menukar agama Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri kepada Ratu Niang Sukmawati diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sumber/kredit foto: CNN Indonesia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 May 2021

i-Sinar : Cara Tukar Amaun Secara Online (Pindaan Pengeluaran)

Selepas KWSP dan Kementerian Kewangan membenarkan permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, fungsi untuk membuat pindaan telah diwujudkan di dalam portal isinar.kwsp.gov.my. Justeru, ramai yang masih tidak tahu jumlah permohonan pengeluaran i-Sinar sebenarnya boleh ditukar. Berikut merupakan cara […]

Hiburan Sun, 9 Feb 2025
Featured Mon, 18 Mar 2019
Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Events Sat, 15 Feb 2020
Featured Tue, 29 Nov 2022
error: Content is protected !!