Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah October 28, 2021 @ 1:49pm

Kerana Cinta, Puteri Jepun Lepaskan Takhta Gelaran Kahwini Rakyat Biasa

Kerabat diraja Jepun, Puteri Mako akhirnya berkahwin dengan kekasihnya sejak dari zaman remaja, Kei Komuro sekaligus melepaskan gelarannya.

Kedua-duanya yang berumur 30 tahun memilih untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan tradisional diraja malah menolak wang 1.3 juta dollar yang biasanya diberikan kepada wanita yang meninggalkan keluarga diraja.

Mako adalah puteri sulung Putera Mahkota Akishino dan Puteri Mahkota Kiko, Jepun.

Dalam sidang media bersama suami barunya pada Selasa, Mako berkata perkahwinannya bersama Kei tetap akan terjadi walaupun mendapat tentangan besar.

Hubungan mereka diuji dengan pelbagai masalah dan antara faktor utamanya adalah tekanan dari rakyat dan media.

Mako sebelum ini telah disahkan menghidap gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) selepas majlis pertunangannya terpalit dengan isu skandal wang ibu Kei dan mereka harus ‘berpisah’ selama tiga tahun, lapor Reuters.

Mako berkata segala laporan media mengenai suaminya, Kei telah menyebabkan dia berasa amat takut, tertekan dan sedih.

“Tiada siapa yang dapat menggantikan Kei. Bagi kami, perkahwinan adalah pilihan yang tepat untuk kami hidup gembira bersama,” kata Mako dalam sidang media.

Semasa sidang media itu, suami Mako, Kei juga berjanji untuk melindungi dan menjaga Mako.

“Saya cintakan Mako. Saya mahu menghabiskan satu-satunya kehidupan yang saya ada ini bersama dengan orang yang saya sayangi,” ujar Kei.

Selepas sidang media tersebut, media merakamkan saat-saat Mako mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya di kediaman empayar di Tokyo dan kelihatan kakak Mako memeluknya dengan air mata yang berlinang.

Undang-undang Jepun menetapkan ahli keluarga wanita diraja yang berkahwin dengan rakyat biasa akan kehilangan status mereka.

Walaupun begitu, undang-undang ini tidak berlaku kepada ahli keluarga lelaki diraja.

Untuk info, Mako dan Kei Komuro mengumumkan pertunangan mereka pada 2017 dalam satu sidang akhbar dimana senyuman mereka telah menambat hati rakyat.

Tetapi peristiwa ini tidak kekal apabila satu laporan media menegenai skandal kewangan melibatkan ibu Kei membuatkan media memberi perhatian lebih kepada Kei.

Disebabkan itu, perkahwinan mereka ditangguhkan dan Kei meninggalkan Jepun untuk menyambung pengajian undang-undang di New York pada tahun 2018.

Sepanjang tahun tersebut, Kei dan Mako berhubung melalui Internet.
Mereka dijangka akan hidup bersama di Amerika Syarikat.

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Jul 2023

ABPBH 35: Hawa Rizwana Sebaris Pengacara Hebat, Terharu Sokongan Peminat – “Sebelum Ni Saya Pergi Sebagai Wartawan…”

Pengacara dan personaliti TV Hawa Rizwana mengakui teruja apabila namanya tercalon dalam kelompok Top 5 menerusi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35. Berkongsi keterujaan itu, Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad […]

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

No More Lee Kwang Soo in Busted?!

Fans aren’t excited about this…

Trending Thu, 19 Aug 2021

Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Popular Diminta Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan

Seorang pendakwah popular berusia dalam lingkungan 30-an akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual. Menurut sumber, difahamkan pendakwah terbabit telah diminta hadir pada hari ini. […]

Trending Sun, 30 Dec 2018

Majikan Tolong Bayar Hutang PTPTN Pekerja Akan Diberi Perlepasan Cukai

Pelepasan Taksiran Cukai individu SSPN akan dinaikkan daripada RM6, 000 kepada RM8, 000 setahun untuk simpanan dalam SSPN-I dan tambahan RM6, 000 diberikan untuk takaful bagi SSPN-i Plus.

Featured Mon, 6 Jul 2020

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Rekaan lebih kreatif dengan inovasi terkini

error: Content is protected !!