Trending By: Padin November 4, 2021 @ 6:07pm

Killa Driz Akui Perlu Ada Kelainan Untuk Diterima

Hampir setahun bergerak secara rasmi ke dunia hiburan mainstream, nama Killa Driz mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat.

Namun untuk underground scene, lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik dan sudah mengumpul peminat tersendiri.

Meskipun sudah ‘berhijrah’, dia gembira apabila masih mengekalkan bunyi underground seperti mana yang sudah diperjuangkan sejak berusia 15 tahun lagi.

“Dahulu memang ada yang mengatakan pemain underground scene yang mahu ke mainstream perlu menukar bunyi untuk diterima. Bagi saya perkara berkenaan mungkin benar atau mungkin juga tidak, bergantung kepada rezeki.

“Pendengar boleh sahaja menerima apa sahaja muzik asalkan mereka suka dan lagu tersebut kena dengan mereka. Dunia sudah berubah dan orang boleh menerimanya,” kata remaja yang berusia 22 tahun ini.

Meskipun ramai rakan-rakan seangkatan dengannya masih mahu kekal dalam underground scene, dia menganggap perkara tersebut adalah satu kebiasaan memandangkan masing-masing mempunyai strategi untuk kekal relevan dalam memasarkan muzik mereka.

Sejak melancarkan lagu Siapa Tahu bulan Mac yang lalu, Killa Driz menganggap perjalanan yang dilaluinya penuh warna warni.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya pula, Killa Driz gembira apabila lagu Berserah gandingan bersama Sabbala, A-Kid dan LastKhalif menjadi runut bunyi untuk sebuah drama.

Dalam pada itu, transisi perubahan penyanyi yang bernaung dengan Indigital Music ini dilalui dengan penuh keterujaan.

“Untuk diterima ramai bukan satu perkara yang mudah memadangkan saya perlu dilihat berbeza, perlu ada kelainan untuk diterima ramai sementelah industri muzik kita kecil.

“Tidak dinafikan banyak saingan daripada rappers baharu yang muncul, jadi saya perlu cari kelainan. Apa yang paling penting attitude perlu dijaga memandangkan tidak semua orang menerima kita kerana produk sahaja.

“Ada orang melihat peribadi juga. Daripada peribadi barulah mereka mengenal lagu dan sebagainya,” katanya yang sudah menghasilkan lagu Siapa Tahu, Sedar Ku dan Kena Sidai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Alhamdulillah, sedap nama baby Syura 🥰🥰 Tahniah!

Hiburan Sat, 30 Mar 2024

[VIDEO] Mas Idayu Peluk Erat Bella Astillah Sentuh Hati Ramai

Auto sebak juga la tengok Mas Idayu peluk Bella 😢

Trending Thu, 31 May 2018

Fuh…Setengah Juta Peminjam PTPTN Boleh Tarik Nafas Lega!

Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam  yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Trending Fri, 2 Jul 2021
Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Featured Wed, 11 May 2022