Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2021 @ 1:45pm

Gara-Gara Siakap Kayangan, DSV Tawar Mahu ‘Belanja’ Semua Bil Mangsa

Setelah pelbagai kontroversi timbul membabitkan harga ikan siakap yang mencecah ribuan ringgit, Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tampil memberi kenyataan mahu membayar balik kesemua bil mangsa yang terlibat.

Perkara itu dikongsi DSV menerusi muat naik video di laman instagram miliknya.

Menurut DSV, beliau terpanggil untuk membayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut memandangkan dia kini berada di Langkawi.

“Salam Semua, saya ada baca kisah Ikan Siakap Viral Sementara saya masih bercuti di Langkawi ni. Saya Rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

“Kiranya, saya belanja la makan ikan siakap tu… Jadi saya nak bayar balik pada kakak tu,” katanya.

Selain itu, DSV turut meminta bantuan kepada semua followers beliau supaya mengesan individu terlibat dengan menghantar direct message (DM) kepadanya memandangkan setiap percutian keluarga semestinya memerlukan kos yang banyak.

“Boleh tolong sampaikan kat dia, kalau ada sesiapa yang mengenali beliau boleh tolong tag / DM saya okay.

“Boleh lah kakak tu dapat duit dia balik untuk kegunaan lain. Kalau bercuti memang pakai duit banyak,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Ikan Siakap Harga ‘Kayangan’ Viral, Pemilik Restoran Dedah Perkara Sebenar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Events Mon, 9 Sep 2019

Get Inside KLFW 2019 Exclusive Collection By Ezuwan Ismail And Alia B, These Are Our Top 5 Favourite Looks

It was all about edgy prints and fairytales fantasy with these two local designers.

Trending Tue, 5 May 2020
Hiburan Sun, 11 May 2025
Hiburan Thu, 26 Dec 2019
error: Content is protected !!