Trending By: Padin November 10, 2021 @ 7:39pm

“Jangan Tersepak Tersungkur Jatuh…” – Risau Penonton Gelak, Nam Ron Teruja Jadi Model Catwalk

Pelakon berbakat besar, Nam Ron, 52, meluahkan rasa teruja apabila pertama kali beraksi di pentas peragaan dalam acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Berpeluang memperagakan pakaian jenama Neonate Clothing yang disokong disokong Kamya Glow, pemilik nama sebenar Shahili Abdan itu berbesar hati dan merasakan pengalaman menjadi model catwalk di pentas besar adalah satu pengalaman pertama yang menyeronokkan.

“Sejujurnya, saya tak pernah buat modelling lagi. Selalu tengok sahaja. Sebenarnya, saya memang dari dulu lagi tengok fashion show, saya sendiri tak tahu kenapa… Mungkin kerana ia pun satu bentuk persembahan juga yang menyeronokkan.

“Bila nak beraksi tu, saya risau penonton akan gelak, adakah cara jalan saya betul atau tidak? Jangan tersepak kaki, tersungkur jatuh di situ. Itu merupakan perkara yang membuatkan saya bimbang dan saya akan cuba untuk berhati-hati.

“Bagaimanapun, apabila masuk ke lorong ‘runway’ kedua, keyakinan itu muncul dan saya tak rasa kaku sangat. Sebenarnya, saya tak ada latihan pun, saya buat sahaja.Perkara ini baru untuk saya dan ia menyeronokkan,” katanya.

Nam Ron juga menegaskan usia bukanlah menjadi penghalang untuknya menceburi bidang yang sering disertai oleh golongan muda.

“Mudah untuk saya katakan bahawa usia hanyalah terletak pada nombor sahaja. Saya sentiasa meletakkan diri sama baya dengan orang muda dan berjiwa muda serta banyak bergaul dengan mereka.

“Walaupun dekat belakang pentas macam saya seorang je yang berusia, yang lain muda-muda belaka, tapi saya okay sebenarnya. Dengan mereka yang sebaya pun berkawan juga, cuma saya lebih rapat dalam kelompok umur sedemikian, sebab itu jiwa saya suka pada benda yang orang muda buat.

“Tak salah nak bercampur, dengan tua ke, muda ke, sepatutnya tak ada jurang atau halangan sebab kita pun haruslah sentiasa tahu apa berlaku di sekeliling kita,” katanya lagi.

Selain Nam Ron, koleksi 30 rekaan yang diberi nama Noir itu turut dipersembahkan oleh barisan ‘muse’ lain iaitu Abdul Latif Romly, Sabronzo (Dolla), Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek Bosco Ryzal dan Aidil Maula.

Kerjasama di antara Kamya Glow dan Neonate Clothing turut selari dengan matlamat yang mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman.

Malah kolaborasi unik di KLFW 2021 ini juga sebagai menyokong semangat ‘Support Lokal’ dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi di antara dua jenama ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Featured Fri, 2 Dec 2022

Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Oh rupa-rupanya ini sebabnya. Wahh, ramai yang prihatin dan sayangkan Neelofa ❤️❤️

Hiburan Mon, 23 May 2022
Trending Wed, 12 Aug 2020

Cara Semak Status Rayuan BSH Fasa Ketiga

Ikuti cara untuk menyemak status rayuan BSH anda

Trending Thu, 21 Feb 2019

9张图告诉你「30岁之前和30岁之后」的超中肯生活

对许多人来说, 30岁是个心理上的重要里程碑!有些女生或许会害怕跨过这个年龄……

Featured Tue, 23 Feb 2021

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Sajat

Bila agaknya kes ni nak selesai?

Featured Tue, 10 Jan 2023

Kasih Iris Leona Menangis Cinta Tak Dihargai – “Ramai Orang Ambil Kesempatan…”

Sedih tengok Leona menangis.. Sentiasalah hargailah orang di sekeliling kita

Hiburan Tue, 23 Jan 2024