Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 14, 2021 @ 9:22am

Sempena Hari Lahir, Nabila Razali Beri Peminat Hadiah

Selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single baharunya berjudul Putus.

Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.

“Alhamdulillah selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu hadiahkan buat peminat. Putus merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni.

“Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh komposer Erwin Purnama. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima Putus dan terus berikan sokongan,” ujarnya.

Nabila melancarkan official promo video PUTUS pada Jumaat lalu di YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke- 29 yang disambut pada Sabtu.

Tambahnya, single ini menjadi hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

“Saya pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu Putus menjadi kenangan manis buat saya. Ia juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah,” ujarnya.

Putus mengisahkan tentang sebuah percintaan yang suci yang berakhir dengan perpisahan. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari redha dan pasrah di atas ketentuan takdir.

Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri.

Putus merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Selain itu, lagu Putus juga boleh didengari di semua platform streaming bermula 19 November ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 20 Feb 2021
Trending Fri, 16 Nov 2018

Gadis Terdesak Lelong Dara Dengan Harga RM12 Juta?

Giselle dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ yang sanggup membeli pada harga lebih 12 juta

Featured Wed, 22 Apr 2026

Syed Saddiq Enggan Bella Terlibat Dalam Politik, Mahu Dorong Jadi Wanita Bekerjaya  – “Kalau Dia Menyanyi Satu Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendedahkan beberapa realiti sebenar dunia politik yang tidaklah mewah seperti yang disangka ramai orang.

Trending Mon, 9 Apr 2018

儿灿笑收「苹果手机」开箱秒变眼神死

英国苏格兰喜剧演员希南(Joe Heenan)日前送儿子「苹果手机」当作复活节礼物,让他露出灿烂的笑容,没想到这居然是老爸用来恶作剧的道具,让儿子瞬间「眼神死」。

error: Content is protected !!