Featured By: Arfah November 25, 2021 @ 12:45pm

Waspada Dalam Mengikuti ‘Add Yours’ Challenge Di Instagram

Pada awal November lalu, Instagram memperkenalkan ‘Add Yours’ sticker yang membolehkan pengguna mencipta rangkaian umum di ‘Insta story’ dimana pengguna yang memulakan ‘Add Yours’ sticker tersebut boleh melihat respon dari pengguna yang menggunakan sticker mereka.

Sejak daripada itu, banyak pengguna mencipta pelbagai ‘challenge’ di ‘Add Yours’ sticker tersebut seperti tarikh pertunangan/perkahwinan, nama panggilan, senarai sekolah dan pelbagai lagi.

Ramai pengguna menyertai cabaran ini tanpa menyedari akan maklumat peribadi yang dikongsi boleh menjejaskan data peribadi mereka sendiri.

Baru-baru ini tular di Twitter tentang seorang pengguna Instagram di Indonesia yang telah ditipu hanya kerana dia berkongsi variasi nama panggilannya.

Maklumat ini dikongsi oleh pengguna Twitter di bawah nama @ditamoechtar_ yang mengatakan penipu tersebut meminta rakannya untuk memindahkan wang dan apa yang membuatkan rakannya percaya untuk memberikan wangnya kerana penipu tersebut memanggil nama panggilannya iaitu ‘Pim’.

“Pim adalah panggilan kecil teman saya, yang hanya orang dekat tau,” jelas Dita.

Rakan Dita menyangka ini semua angkara ‘challenge’ yang disertai rakannya dimana dia meletakkan variasi panggilan namanya di ‘Add Yours’ sticker tersebut.

Sementara itu, terdapat ramai pengguna media sosial yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk mengelakkan dari menyertai cabaran yang mendedahkan data peribadi seperti ini.

Sesetengah soalan yang ditanya menyerupai soalan-soalan keselamatan yang ditanya ketika pengguna mencipta kata laluan di Internet

Seorang pengguna Facebook yang bernama M. Wongso mengatakan pendapatnya tentang isu ini di bawah laman OMG Hackers di Facebook.

“Anda kenal ke siapa yang tanya tu? Bila anda join sekali challenge, orang yang buat dan join tu akan dapat dan nampak semua maklumat yang anda tulis. Punya lah banyak maklumat yang orang share,” tulis Wongso.

Setakat ini perkongsian yang dimuatnaik pada Selasa itu telah meraih 200,600 tanda suka di Facebook.

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa cabaran di ‘Add Yours’ sticker ini yang tidak cuba mengambil maklumat peribadi seperti tunjuk gambar matahari terbenam.

Pengguna media sosial perlu bijak menilai dalam berkongsi tentang maklumat peribadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Sep 2019

Mascara on the Daily; Healthy or Fatal?

The secret to a long and luscious eyelashes is a good mascara, but wearing them every single day should be safe right?

Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

Trending Fri, 5 Jul 2019

Shocking origin of the name Boba

You’ll never see Boba the same way again, but that doesn’t stop you from drinking it though.

Featured Sun, 12 Feb 2023
Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Trending Wed, 14 Oct 2020