Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 28, 2021 @ 8:53am

Kini Popular Dengan YouTube Cikidot Channel, Zarol Zarif Muncul Dengan Single ‘Kan Kan’

Penyanyi dan YouTuber popular Zarol Zarif, 29, kembali melakar nama dalam dunia nyanyian menerusi single terbaru beliau yang berjudul Kan Kan.

Biarpun bermula dalam arena hiburan sebagai penyanyi, namun nama anak kelahiran Johor Bahru ini hanya mula dikenali ramai menerusi kumpulan YouTuber, Cikidot Channel yang mempunyai 1.13 juta langganan.

Zarol atau nama sebenarnya, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle pernah menyertai program reality nyanyian di sebuah stesen televisyen berbayar pada tahun 2016.

Walaupun rezekinya dalam bidang muzik tidak berpanjangan selepas tersingkir di minggu ketujuh, Zarol bagaimanapun terus mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau mencetuskan saluran YouTube popular, Cikidot Channel – dianggotai dirinya bersama dua sepupu lain iaitu Amri Aziz dan Ecah Daud.

“Harapan saya untuk single ini adalah supaya ia boleh diterima orang ramai, baik daripada mereka yang muda sehingga tua. Saya berharap sesiapa sahaja yang mendengarkan lagu Kan Kan berasa gembira.

“Semoga lagu ini akan membuatkan orang ramai lebih mengenali saya sebagai penyanyi. Tidak dinafikan, sebelum ini ramai yang kenal saya sebagai YouTuber. Tapi tak ramai yang tahu saya sebenarnya memulakan tapak dalam industri ini sebagai seorang penyanyi.

“Saya juga berbangga kerana kali ini saya dapat bekerjasama dengan sebuah pihak pengurusan dan rakaman artis yang begitu proaktif dan percaya pada kebolehan saya,” kata Zarol.

Menurut Pengarah Urusan Ace Talents, Azuein Alonto, selaku pihak pengurusan dan rakaman Zarol pula, mereka merasakan bahawa bakat nyanyian yang ada pada Zarol harus diteruskan.

“Sudah lama menyepi, kini Zarol menampilkan single bergenre pop dan berbeza dengan single terdahulu. Selepas perbincangan, kami mengambil keputusan untuk menunaikan hasrat beliau dalam membawa satu kelainan sehingga terhasilnya Kan Kan.

“Lagu berjudul Kan Kan ini lebih santai dan easy-listening kerana comeback Zarol pada kali ini ingin menarik perhatian peminat-peminatnya yang kebanyakan mereka aktif di TikTok.

“Diharapkan agar single ini menjadi satu benchmark buat Zarol yang pernah mendiam seketika dalam bidang nyanyian,” kata Azuin.

Selain itu, Zarol juga berjaya membina pengaruh individunya yang tersendiri menerusi jumlah pengikut besar iaitu kira-kira 425,000 di Instagram dan 373,700 di TikTok (dengan catatan lebih 3.3 juta tanda suka).

Single Kan Kan comeback Zarol Zarif kini boleh didengarkan di Youtube Cikidot dan di semua pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, Apple Music dan lain-lain bermula 26 November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Karakter Penuh Misteri, Sarimah Ibrahim, Alya Iman & Rosyam Nor Jadi Nadi ‘Pewaris Susuk’

Ketiga-tiga mereka tampil dengan pendekatan lakonan berbeza, namun disatukan menerusi karakter yang sarat misteri.

Featured Sun, 6 Feb 2022

Kes COVID-19 Dijangka Meningkat Secara Mendadak Beberapa Minggu Lagi

Ya Allah, semoga Malaysia baik-baik sahaja♡

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Apapun, Ruhainies berkata manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan bukan niatnya untuk ‘back up’ Zul, tetapi..

Featured Tue, 11 Oct 2022

Bait Lirik ‘Mungkin Hanya Tuhan’ Dalam Lagu Kaulah Segalanya Cetus Kontroversi, Fedtri Yahya Tampil Buka Mulut – “Siti Nurhaliza Antara Yang…”

Apa pendapat korang mengenai lirik lagu ‘Mungkin Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya’ yang dikatakan kontroversi ni? 🤔

Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022

“Dah Salam Maknanya Jadilah…” – Aaron Aziz Berjaya Miliki Kereta Mewah McLaren 720s?

Perkongsian pelakon popular Datuk Aaron Aziz yang memuat naik video sebuah kereta mewah McLaren di laman TikTok menjadi bualan warganet. @therealaaronaziz Dah Salam maknanya jadi la cita cita saya. Jgn jealous k. Tak main lah […]

error: Content is protected !!