Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 5, 2021 @ 12:46pm

Terpaksa Bermalam Di IKEA Kerana Ribut Salji

Bilik pameran IKEA di Aalborg bertukar menjadi tempat penginapan bagi enam pelanggan dan kira-kira 25 pekerja IKEA akibat terkandas dalam ribut salji yang melanda utara Denmark pada Rabu.

Memetik laporan AP News, sehingga 30 sentimeter (12 inci) salji turun menyebabkan pelanggan serta pekerja kedai perabot terbabit terperangkap dan terpaksa bermalam di atas katil pameran.

“Kami tidur di kawasan pameran perabot dan bilik pameran kami di tingkat satu di mana kami mempunyai katil, tilam dan katil sofa,” kata pengurus kedai Peter Elmose kepada tabloid Ekstra Bladet.

Orang-orang disitu boleh “memilih katil yang mereka selalu ingin cuba selama ini”

Menurut Elmose, semuanya berjalan dengan sangat baik pada malam kejadian.

Mereka meluangkan malam itu dengan menonton televisyen dan makan.

“Ia adalah malam yang terbaik. Sangat menyeronokkan,” kata Elmose.

Dalam pada itu, sebuah syarikat penyiaran, Denmark DR berkata pekerja di kedai mainan bersebelahan dengan IKEA berkenaan turut bermalam di gedung perabot itu.

“Rasanya lebih baik daripada tidur di dalam kereta. Sangat selesa dan hangat dan kami gembira mereka membenarkan kami masuk,” kata Michelle Barret yang merupakan staf kedai mainan.

“Kami hanya mampu gelak dengan situasi yang terjadi kerana kami mungkin tidak akan dapat mengalaminya lagi,” tambah
Barret.

Sementara itu, pihak IKEA Aalborg turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan suasana selepas malam kejadian menerusi akaun Instagram mereka.

“Inilah rupanya apabila anda bermalam di IKEA Aalborg semasa ribut salji. Terima kasih kepada pelanggan kami yang hebat dan staf. Adakah patut dibuat lagi lain kali?” tulis IKEA Aalbog.

 

 

Sumber: AP News

Kredit foto: AP News dan TV2Nord

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Jun 2025

REV Media Bawa Pulang 7 Trofi MDA d’Awards 2025

REV Media bawa pulang tujuh trofi

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Mas Anizan mahu berseorangan

Hampir dua dekad menyepikan diri dari industri hiburan, pelakon yang mencipta nama pada era 1990-an, Mas Anizan sudah bersedia untuk kembali mencari peluang.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Thu, 18 Jul 2019

Pemimpin Parti Jadi Dalang Video Semburit Haziq

Pemimpin Parti Politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.

Featured Sat, 9 Sep 2023
Trending Sun, 4 Aug 2019

Kerana Berlian RM1.3 Juta Rakyat Malaysia Ditahan Di India

Kata kena hantar pada rakannya tetapi siapakah dia? Betul ke harganya RM1.34 juta

Featured Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

Bila adik beradik kongsi set penggambaran sama, mesti lagi seronoklah kan?

Events Fri, 14 Sep 2018

R!UH Unveils Historic Sentul Depot This Malaysia Day Weekend

Take note guys, R!UH won’t be in APW Bangsar this weekend.

error: Content is protected !!