Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 14, 2021 @ 1:39pm

“Seluruh Kehidupan Berubah Sebab Covid-19” – Hampir Pulih Sepenuhnya, Aishah Kongsi Kehidupan Berubah Lebih Baik

Penyanyi Aishah berkongsi tahap kesihatannya kini semakin baik selepas menghidap wabak Covid-19.

Menerusi hantaran Instagram, Aishah, 56, berkongsi seluruh kehidupannya berubah semenjak dijangkiti pada penghujung Ogos lalu.

“Seluruh kehidupan I berubah bersebabkan Covid-19. Insya-Allah kepada yang lebih baik. Alhamdulillah setakat ini sudah hampir 100 peratus pulih,” tulis Aishah

Walaupun tiga bulan telah berlalu, wabak itu telah menjejaskan suara serta kesihatannya dan Aishah sering berasa penat.

“Dulu kalau mengaji, boleh terasa suara seolah semput dan tidak berapa stabil, sangat mengerikan. Tapi sekarang dah tak ada ‘suara goyang’ tu,” tulis Aishah.

Pelantun lagu Pulanglah itu juga mengatakan dia sudah boleh melakukan pelbagai kerja tanpa berhenti untuk berehat kerana sebelum ini dia cepat berasa penat.

“Rutin harian yang agak sibuk walaupun di rumah sudah boleh dilakukan tanpa banyak kali kena berhenti dan baring,” kata Aishah.

Dalam hantaran sama, Aishah turut mengucapkan penghargaannya kepada semua petugas barisan hadapan yang merawat dan menjagannya selama 12 hari di hospital.

 

Rata-rata peminat turut berkongsi rasa kesyukuran mereka kerana Aishah sudah beransur pulih untuk berkarya semula menerusi komen yang ditinggalkan.

 

Aishah disahkan positif wabak Covid-19 pada 30 Ogos lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Dia yang sering berkongsi tentang keadaan semasanya menamatkan rawatan di hospital pada 10 September.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jul 2025
Hiburan Tue, 30 Dec 2025
Trending Wed, 17 Mar 2021
Hiburan Sun, 19 May 2019

Shima Anuar Tayang Bilik Bakal Anak , Cantik Kan?

Beruntung Sophea & bakal adiknya nanti!

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Featured Fri, 20 May 2022

“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Slay Girl! 🔥 Lepas ni takde lah alasan tak boleh workout sebab takde outfit 🤣

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Nabila Razali Jadi Mangsa Dendam Siapa Tu?

Ikuti lakonan Nabila Razali bermula malam ini

Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Drama Wed, 13 Aug 2025
error: Content is protected !!