Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 16, 2021 @ 5:19pm

#SeoulSaranghae : Bad And Crazy Pamer Aksi Paling ‘Gila’ Lee Dong Wook & Wi Ha Jun

Penggemar drama Korea (K-drama) pastinya sudah tidak sabar menunggu kemunculan drama terbaharu lakonan aktres popular seperti Lee Dong Wook, Wi Ha Jun, Han Ji Eun dan Cha Hak Yeon dalam Bad and Crazy yang akan disiarkan bermula 17 Disember ini.

Siri drama yang diterbitkan oleh syarikat produksi drama The Uncanny Counter kali ini tampil dengan aksi penuh mendebarkan disamping  komedi gelap dan penyiasatan.

Sesuai dengan tajuk drama Bad And Crazy, watak-watak yang terdapat di dalam siri ini pastinya menampilkan sisi ‘jahat (bad) dan ‘gila’ (crazy) di dalam personaliti mereka.

Menurut teraju utama drama popular Touch Your Heart, Lee Dong Wook, wataknya dalam Bad and Crazy adalah berlainan dan tidak pernah ditonjolkan dalam drama-drama lakonannya sebelum ini.

“Watak saya adalah Ryu Su Yeol, watak ini menyerlahkan sisi diri saya yang belum pernah dipertontonkan.

“Watak ini juga mendapat persetujuan daripada pengarah untuk menzahirkan watak tersebut mengikut cara sendiri selepas berbincang dengannya,” katanya ketika sesi sidang media secara maya baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi ketika sesi penggambaran, mereka mengakui bahawa Bad and Crazy
adalah sebuah drama yang mencabar kekuatan fizikal terutamanya dalam melakonkan babak-babak aksi cemas.

“Sejujurnya, saya dia tidak menjalani latihan khas sebagai persiapan untuk penggambaran. Bagaimanapun, aksi berlawan di set penggambaran telah diarahkan dengan baik dan selamat walaupun penggambaran babak aksi adalah satu “perang melawan kepenatan”.

“Saya harus memuji Wi Ha Jun dengan memberikannya gelaran “pelakon aksi Korea yang terbaik” kerana Wi memahami selok-belok penggambaran aksi dengan mendalam,” jelasnya.

Ha, kalau nak tahu apa kelainan yang akan ditonjolkan oleh setiap pelakon yang terlibat? Jangan lupa saksikan Bad and Crazy yang akan bersiaran secara serentak dengan Korea Selatan pada setiap Jumaat dan Sabtu, pada jam 9.50 malam hanya di iQiyi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 1 Aug 2020
Featured Wed, 23 Nov 2022
Kisah Viral Thu, 14 Apr 2022

Rambut Dalam Tepung Pelita, JKN Perak Sedang Jalankan Siasatan

Apa nak jadi la dengan peniaga bazar sekarang ni?

Featured Thu, 22 Jan 2026

“Marriage Fail, Family Jangan Fail” – Yasmin Hani Kekal Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

Yasmin Hani memilih untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya demi kebajikan dan kebahagiaan anak-anak.

Hiburan Fri, 28 Jun 2024

Suami Lebih Suka Afifah Nasir Duduk Rumah, Tak Perlu Keluar Kerja

Untung dapat suami penyayang dan sangat bertanggungjawab

Featured Sat, 25 Jun 2022

Disaman A. Aida, Amelia Henderson Pilih Berdiam Diri – “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya”

Kita tunggu kenyataan Amelia pulak, mesti ada sebab kan dia buat macam tu!

error: Content is protected !!