Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 17, 2021 @ 6:43pm

Idris Khan & Intan Najuwa Bakal Hangatkan Drama Bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini Di Slot Samarinda TV3

Menyusuli Cukup Derita Itu, Saat Kau Takluk Cinta Ini akan mengisi slot Samarinda bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 15 episod yang diinspirasikan dari novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra merupakan terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd, diarahkan oleh Zamri Zakaria, nukilan skrip oleh Eja Lorena dan menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Idris Khan, Intan Najuwa, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Wan Maimunah, Zarynn Min, Edika Yusof, Jasmin Hamid, Raja Azmi, Raja Baizura, dan Aleza Shadan.

Saat Kau Takluk Cinta Ini mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal.

Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.

Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.

Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Saat Kau Takluk Cinta Ini bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi.

Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store.

Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Saat Kau Takluk Cinta yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok iaitu @iQiyiMalaysia!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Fri, 20 Jan 2023

Berangkat Ke Tanah Suci Tanpa Anak, Alif Teega & Aisyah Hijanah Ingin Fokus Ibadah

Personaliti media sosial, Alif Teega bersama isterinya, Aisyah Hijanah berangkat ke Makkah berdua tanpa kehadiran anak-anak mereka. @alifteegaAlhamdulillah❤️ rezeki jadi tetamu Allah. Doakan Alif dan Aisyah selamat pergi dan pulang. Sedih tinggal deejah dan Hassan […]

Trending Mon, 4 Mar 2019

坏情绪会造成身体的伤害!正确处理才能有效化解

每个人的身体里,都有情绪的地图,不论是恐惧、焦虑、内疚、压抑、愤怒,还是沮丧,都会影响到身体的器官,想要不生病,就要从做情绪的主人开始。

Featured Sat, 17 Sep 2022
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

error: Content is protected !!