Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella December 31, 2021 @ 3:10pm

“Selepas Sihat, Baru ‘Post’ Macam Sedang Nazak” – Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Berlakon Nazak

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur tindakan anaknya, usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf kerana bimbang usianya tidak panjang.

Susulan hantaran Aliff di Instagram pada Rabu memaklumkan dia dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 tahap tiga.

Menurut Rozita dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini, dia menganggap tindakan anaknya itu seperti keterlaluan selepas Aliff tidak menjawab panggilan dan membalas mesejnya.

“Kau memang Raja Viral kan. Memang Aliff hidap Covid-19 tahap tiga, tapi sudah sembuh.

“Mak ‘sound’ Datin Seri Shahida, mak hubungi Aliff, mesej tapi tak jawab. Semalam, mak dah tegur, faham-fahamlah.

“Sekarang mak tegur ‘direct’ biar kau rasa. Nak sangat kan tular. Mari mak kecam kau pula,” tulisnya.

Rozita turut menegur tindakan anaknya itu kerana dia dan ahli keluarga lain menjadi mangsa kecaman netizen.

“Kau jangan nak ‘poyo’ sangat Syukri. Kau tak ada kerja kat sana. Tangan kau gatal menaip bagai nak rak!

“Selepas itu, yang jadi mangsa netizen, mak, Datin Seri Shahida dengan keluarga yang tinggal. Kau jangan cari pasal! Mak serang Syukri kat sana! Kau jangan ya, jangan mak buat betul-betul,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Rozita turut menjelaskan sebelum ini dia pernah menasihatkan anaknya supaya segera mengambil ujian Covid-19 tetapi tidak diendahkan.

“Mak menangis suruh periksa sebelum itu, tapi kau tak nak dengar. Dah sihat, kau pun ‘post’ macam sedang nazak.

“Kejap lagi, mak hantar ‘sepak’ guna Telegram ke hospital, baru ada akal,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari bercuti bersama keluarganya di Turki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Mar 2018

‘Bukan Neelofa Sahaja, Tetamu Pun’ – Isu Pelancaran Tudung Di Kelab Malam, Neelofa Boleh Didakwa

Neelofa boleh didakwa?? Fuhh!! makin berat nampaknya isu Neelofa berkaitan majlis pelancaran tudungnya di kelab malam hari itu! Walaupun neelofa sudah meminta maaf, tetapi isu ini masih dibangkitkan.

Hiburan Thu, 31 May 2018

Jangan Bimbang Keadaan Saya

Kali terakhir kelibat Melania dilihat dalam khalayak ramai, ialah pada 10 Mei lalu, ketika beliau menemani suaminya, Presiden Donald Trump untuk menyambut kepulangan tiga warga Amerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara, di pangkalan tentera udara Andrews di Maryland.

Featured Wed, 5 Sep 2018

5 Kesan Buruk Jika Anda Kerap Tengok Handphone Sebelum Tidur

Telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh merosakkan mata.

Featured Wed, 6 May 2026

“Ego Dan Bongkak Berpisah Tiada” – Rita Rudaini

Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang sukar menerima teguran selain bersikap ego.

Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

error: Content is protected !!