Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 8, 2022 @ 2:01pm

Banjir : Bantuan RM500 Pembelian Barangan Elektrik, Jom Semak Syarat Layak & Cara Penebusan

Sebelum ini kerajaan memperuntukkan rebat sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah merangkumi pembelian barangan elektrik yang terjejas akibat banjir.

Justeru itu, di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) lebih 8,000 isi rumah yang akan mendapat rebat pembelian barangan elektrik secara dalam talian di platform yang telah ditetapkan.

Bagi individu yang layak juga, pembelian barangan elektrik boleh dibuat di premis berdaftar di bawah SAVE.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai inisiatif yang ditawarkan.

Rebat RM500 Barangan elektrik

Di bawah SAVE, isi rumah yang terkesan akan mendapat;

  • Rebat RM500
  • Hanya untuk pembelian barangan elektrik sahaja – sebagai contoh, barangan elektrik bernilai RM1,000 namun individu yang layak perlu membayar RM500 sahaja.

Tarikh pelaksanaan inisiatif rebat SAVE RM500

Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai insiatif tersebut merangkumi mekanisma tebusan dan jenis barangan.

  • Tarikh Pembelian – 7 Januari 2022

Platform terpilih pembelian barangan elektrik

Seperti sedia maklum, penggunaan rebat ini hanya sah di platform dan premis yang berdaftar di bawah SAVE

  • 1,400 premis berdaftar di bawah SAVE
  • Platform e-dagang – Lazada, Shopee, PGMall

Syarat kelayakan

Rebat RM500 ini akan diberikan kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan;

  1. Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia
  2. Terlibat banjir tidak kira dimana-mana negeri
  3. Kira-kira 8,000 ketua isi rumah layak menerima rebat ini
  4. Membeli barangan elektrik kegunaan harian yang mempunyai label keselamatan SIRIM

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan;

  • Salinan kad pengenalan
  • Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah
  • Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir termasuklah salah satu salinan asal laporan agensi seperti berikut
  1. Polis
  2. NADMA
  3. Pegawai Daerah
  4. Surat sokongan dari Ketua Komuniti (JKKK, JMB, JMC, Persatuan Penduduk dan sebagainya.)
  5. Agensi kerajaan yang terlibat dalam penyelarasan bantuan mangsa banjir

Kaedah penebusan

Terdapat dua kaedah sedia untuk pengguna mendapatkan rebat tawaran .

  1. Pembelian danpenebusan di kedai atau pasar raya berdaftar atau semak di save.seda.gov.my
  2. Pembelian secara dalam talian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Hiburan Fri, 23 Nov 2018
Featured Thu, 14 Oct 2021

Netizen Berang Youtuber Berani ‘Prank’ Warga Emas Di Mall

Tular satu video yang dimuat naik oleh Youtuber, Mizan Majid di mana dia menerima kecaman daripada warganet susulan ‘content’ yang dianggap tidak sesuai dengan budaya Malaysia. Video berdurasi 9 minit itu kemudiannya dikongsi oleh seorang […]

Featured Sat, 20 Dec 2025

Zahiril Adzim Tak Kejar Populariti, Akui Drama Buat Orang ‘Ingat’ – “Saya Buat Cara Saya Untuk Setiap Watak”

Zahiril menegaskan pemilihan drama bukan bermakna mengorbankan kualiti, sebaliknya disesuaikan dengan cita rasa penonton masa kini.

Hiburan Wed, 17 May 2023
Featured Thu, 10 Mar 2022
Trending Tue, 22 Jun 2021

Jom Semak Cara Daftar Insentif Belia RM1,500 Sebulan

Terbuka kepada belia berumur 18-30 tahun

error: Content is protected !!