Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella January 14, 2022 @ 12:01pm

Gara-Gara Nak Dapatkan Bonus Tahunan, Suami Isteri Penjawat Awam Guna Aplikasi Mysejahtera Palsu

Gara-gara tidak mahu dikecualikan daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu.

Menurut laman Astro Awani, tindakan pasangan berusia 33 dan 38 tahun itu yang bekerja di jabatan sama bagaimanapun membawa padah apabila mereka dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit membeli sijil itu dengan harga RM500 setiap seorang menerusi rakan sekerja berusia 58 tahun yang bertindak sebagai orang tengah.

“Kegiatan pasangan ini menggunakan sijil vaksinasi palsu mula terbongkar selepas pihak jabatan curiga dengan aplikasi ‘Mysejahtera’ berstatus vaksin lengkap dua dos yang dimiliki sebelum membuat semakan di Klinik Kesihatan Rembia.

“Hasil semakan klinik kemudiannya mendapati kedua-dua mereka tidak pernah menerima sebarang vaksin sebelum laporan polis dibuat kerana menipu jabatan itu,” katanya.

Siasatan lanjut mendapati pasangan itu mengaku membeli dan memuat turun sijil vaksin palsu melalui orang tengah yang merupakan penjawat awam di jabatan sama.

Beliau berkata, pasangan itu dan rakan sekerja berkenaan kemudian ditahan Selasa lalu di sekitar Melaka serta merampas kesemua telefon bimbit selain memburu seorang lagi suspek yang dipercayai penjual sijil vaksinasi itu.

Pasangan yang merupakan kumpulan anti vaksin itu juga sebelum ini pernah membuat laporan polis pada tahun lalu berhubung keengganan mereka menerima suntikan vaksin itu.

“Siasatan lanjut mendapati rakan sekerja yang bertindak sebagi orang tengah itu telah mendapatkan muat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu ini daripada suspek yang masih bebas, digelar sebagai ‘Vnilai’.

“Sijil vaksinasi itu juga boleh digunakan untuk mengimbas kod QR untuk memasuki premis perniagaan dan polis sedang memburu suspek lain yang disyaki terlibat,” katanya.

Ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 Dec 2018

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. 

Hiburan Sat, 4 Oct 2025

Dari Hati Untuk Gaza, The Helmis Hadir Dengan Lagu Sarat Makna ‘Mengukir Takdir’

Heliza Helmi, Hazwani Helmi lancar lagu Mengukir Takdir

Trending Wed, 5 May 2021
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Fesyen Marion Caunter Dan Anak-Anak Jadi Perhatian

kalau mampu apa salahnya…untungnya nasib badan.

Events Fri, 14 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Layak Ke Pentas Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 Ini?

Episod Separuh Akhir Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 hanya di TV3!

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Sat, 11 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Dedah Pilihan Top 3 Vokal Terbaik AJL 37… Siap Belanja Lagu Terus Hidup!

Wahhhhh, siapakah top 3 vokal terbaik AJL 37 pilihan TokTi? 🤪 Kita nantikan esok tepat atau tidakk 🤪

Trending Fri, 17 May 2019

Suspek Warga Nigeria Direman, Tapi Apa Motif Sebenar Pembunuhan Siti Kharina?

Siti Kharina ditemui mati dalam keadaan tragik dan tidak berpakaian bersama kesan calar di leher, kepala dan dada mangsa.

error: Content is protected !!