Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 14, 2018 @ 1:00am

Ini Sebab Kenapa Dayang Nurfaizah Potong Rambut Pendek!

Sejak kemunculannya pada satu anugerah berprestij baru-baru ini, mesti ramai yang sedikit terkejut melihat kemunculan penyanyi kesayangan ramai, Dayang Nurfaizah. Mana taknya, kemunculan beliau amat ditunggu-tunggu oleh ramai peminat lebih-lebih lagi beliau bakal membawakan lagu baru duet bersama Hael Husaini berjudul Haram. Tapi, bukan itu yang kita nak kongsikan. Kelihatannya Dayang sedikit berbeza dengan gaya rambut pendeknya bukan?

Bagi Dayang Nurfaizah atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 35, beliau teringin untuk mencuba sesuatu yang berbeza untuk imejnya pada tahun ini kerana, sudah 10 tahun beliau menyimpan rambut panjang. Wow! Lama juga kan Dayang berambut panjang?

“Sudah lama saya berambut panjang, jadi saya mahukan kelainan. Kebanyakan wanita pasti berfikir banyak kali sebelm memotong rambut menjadi pendek. Tapi bagi saya, rambut tetap akan panjang. Cuma saya hanya berani potong rambut hingga paras bahu kerana rasanya tidak sesuai saya menggayakan fesyen rambut terlalu pendek.” Katanya

Dayang juga memberitahu, walaupun pada awal kemunculannya dahulu beliau sebenarnya pernah berambut pendek tapi rambutnya pada ketika itu tidaklah terlalu pendek sehingga menyerupai lelaki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Bapa Atikah Suhaimie Beri Sebab Punca Anaknya Tak Jadi Kahwin

Netizen diharap menghormati keputusan kedua belah pihak

Hiburan Mon, 29 May 2023

Sebaknya! Gelagat Anak Bongsu Shuk Sahar Enggan Berpisah Buat Ramai Tersentuh

Alahaiiii, anak mana yang tak sebak kalau berpisah dengan ayah dia🥲

Featured Tue, 27 Aug 2024

Fatin Afeefa Mahu Anak Jadi Penghafaz Al-Quran, Larang Terlibat Dalam Industri Seni – “Anak Saya, Suka Hati Saya Lah”

Alhamdulillah, kadanga-kadang mak-mak ni kena bertegas juga dengan anak-anak. Lebih lagi sekarang ni dah akhir zaman👏👏👏

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Suami Beri Kejutan Jambangan Bunga Duit Cecah RM10,000 Sempena Ulang Tahun, Atikah Suhaime Akui Bahagia Berkahwin

Menurut Atikah, kejutan tersebut bukan sahaja membuatkan dirinya tersentuh, tetapi bersyukur miliki suami seperti Lokman

Featured Fri, 20 Oct 2023
error: Content is protected !!