Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 27, 2022 @ 7:20am

Isu Anuar Zain, Fazley Yaakob Tempelak DSV – “Shame On You! Kaya & Popular Tak Menjamin Adab…”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menemplak Datuk Seri Vida (DSV) susulan isu hangat yang melibatkan usahawan sensasi itu dengan penyanyi popular Anuar Zain.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, pelantun lagu Bila April itu memuat naik foto DSV yang telah ditampal ‘sticker’ di bahagian mata.

Biarpun tidak menyebut nama DSV di ruangan kapsyen foto terbabit, Fazley dipercayai memberikan pendapat terhadap isu membabitkan DSV dan Anuar yang sedang hangat diperkatakan.

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan?

“Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?” tulisnya.

Tambah Fazley lagi, sebagai orang Timur, kita seharusnya menghormati serta menjadi matang dalam setiap aspek keadaan.

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa.

“Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Terdahulu, tular satu video DSV di TikTok dimuat naik oleh netizen yang berang dengan tindakan usahawan itu.

Netizen telah mengulang siar video Instagram Live DSV yang memaparkan aksi pelantun lagu I Am Me itu menjawab saranan seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar.

ARTIKEL: “Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

Namun secara berbisik, Vida membalas pertanyaan tersebut dengan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya diungkapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Wed, 7 Jun 2023

Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

Kita tunggu je lah penjelasan lanjut dari aktor kegemaran korang okay!😎✌️

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

Tampilkan Lakonan Sophia Albarakbah, Filem ‘Abu Si Raksasa’ Angkat Isu Alam Sekitar Melalui Kisah Cicak Mutasi

Naskhah sains fiksyen bertajuk Abu Si Raksasa merupakan filem ‘kaiju’ (raksasa) pertama seumpamanya di Malaysia.

Featured Thu, 22 May 2025

[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nana Sheme Infaq Al-Quran Buat Arwah Ibu

Nana Sheme sambut hari lahir dengan cara berbeza.

Trending Tue, 10 Mar 2020

Percaya Kahwin Lambat Dilabel ‘Andartu’, Kini Pengacara Terkenal Ubah Persepsi Soal Jodoh

Jangan sebab obses nak kejar umur, kahwin terburu-buru dan meluru..

Featured Fri, 19 May 2023

Pernah Dikritik ‘Over’ Jumpa Pelakon Korea, Adriana Adnan Jawab Isu Minat Dikaitkan Dengan Agama

Tak salah minat sesuatu perkara tapi kena lah berpada-pada juga kan

error: Content is protected !!