Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 4, 2022 @ 5:16pm

“Muka Je Nampak Ganas, Tapi Hati Banyak Bunga”- Suami Heliza Helmi Buat Kejutan Hari Lahir, Siap Bawa Satu Family Main Jetski & Pusing Pulau Langkawi

Nampaknya pasangan suami isteri, Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih lagi mencuri perhatian warganet.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik Heliza menerusi akaun instagram miliknya, beliau kini sedang menikmati percutian dan bulan madu bersama keluarga di Pulau Langkawi.

Namun, apa yang mencuri perhatian rata-rata warganet adalah, tindakan dan usaha Datuk Seri Mahadi memberikan kejutan sempena ulangtahun kelahiran ke-36 isteri tercinta dilihat begitu romantik sekali.

Menurut Heliza, dia terkejut dengan tindakan suaminya itu walaupun sambutan ini dilakukan sehari lebih awal dari tarikh sebenar.

#BismillahiMasyaAllah Ya Allah kezutan apakah ini?

“Speechless sgt ni. Jazakumullahu khayr suamiku Syurgaku @mahadibz , @tropicalchartersofficial@manehvilla dan @langkawi.seasport untuk semua ni,” tulisnya.

 

Tidak terhenti disitu, Mahadi juga turut memberikan kejutan kedua buat Heliza dengan membawa seluruh ahli keluarganya datang ke pulau lagenda tersebut apatah lagi kali ini sambutan hari lahir itu adalah yang pertama kali diraikan bersama-sama.

“Kezutan paling bermakna dalam hidup. Terima kasih Allah menghadirkan seluruh ahli keluarga tercinta kakja dan abang Dee @mahadibz di Langkawi sempena hari yang sungguh bermakna ini 😍 Alhamdulillahhhh,” katanya.

Malah, pasangan ini dilihat sempat berkongsi aktiviti bermain jetski bersama-sama keluarga sebelum sambutan ulangtahun sebenar dan makan malam bersama seluruh ahli keluarga diadakan.

“Apapun, alhamdulillah… Kak Ja nak ucapkan terima kasih kepada abang Dee kerana sudi membawa seluruh keluarga The Helmi’s.

“Apa yang dilakukan abang Dee saya sangat-sangat bersyukur. Rasa macam tak layak . Alhamdulillah… Terima kasih,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Sep 2021

Penerima BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Terima Bayaran Terus Mulai Selasa Ini

Penerima BPR fasa 3 dan pemohon rayuan BPR bakal menerima pembayaran kredit secara terus ke akaun masing masing mulai Selasa ini. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai […]

Featured Thu, 22 Dec 2022

Panik Dapat Tahu Tunang Kemalangan, Imran Aqil Sempat Mandi Sebelum Sampai Ke Lokasi Kejadian Gara-Gara… 

Tular sebuah perkongsian di TikTok memaparkan rakaman siaran langsung pempengaruh Dahlia Rizal sedang bercerita mengenai tunangnya, penyampai radio Imran Aqil yang panik ketika mengetahui dirinya kemalangan. Menerusi hantaran tersebut, Imran yang sedang berada di gimnasium […]

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan Uda merupakan suami orang

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Terpegun Dengan Kecantikan Anna Jobling Sejak Dewi Remaja, Meerqeen Akui Pandang Rupa – “Dia Crush Saya”

Cinta pandang pertama ke ni gais? Hehehehe comel jee! Tak sabar pula min nak tunggu drama Melur Untuk Firdaus 2 😚🤩

Featured Fri, 10 Feb 2023
Trending Sun, 11 Feb 2018

Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Dari Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Hiburan Thu, 1 Aug 2024
Trending Fri, 18 Sep 2020
error: Content is protected !!