Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 5, 2022 @ 4:01pm

Tiket Mini Showcase Habis Dijual – Dolla Janji Beri Kejutan, Tingkat Mutu Vokal

Kumpulan Dolla bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase.

Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, 1Utama.

Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.

“Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya diberi peluang membuat pertunjukan kami sendiri untuk para iDolla kami. Lagipun, kamilah puteri-puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kami muncul semasa PKP dilaksanakan. Jadi peluang ini sangat berharga buat kami,” jelas Angel mewakili kumpulan Dolla.

Idea untuk membuat showcase ini pula merupakan cadangan pihak syarikat rakaman mereka, iaitu Universal Music Malaysia.

“Idea syarikat rakaman kami ini memang bagus kerana kami memang tak pernah bertemu peminat setia kami yang dikenali sebagai iDolla secara langsung. Gara-gara muncul sewaktu PKP, kami hanya dapat berinteraksi di alam maya. Jadi showcase ini satu peluang untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara langsung,” ujar Syasya pula tentang persembahan ini.

Selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.

“Ada banyak kejutan yang akan kami tampilkan namun kami tak mahu beritahu kerana ia tidak akan menjadi istimewa jika kami beritahu sekarang. Jadi nantikan malam showcase nanti,” jelas Tabby pula selaku wakil kumpulan Dolla.

Angel yang berharap tiket persembahan habis dijual secepatnya sangat teruja mendengar khabar gembira itu.

“Kami benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket kami akan laku dan habis dijual begitu cepat. Jadi kami harap para peminat kami khasnya iDolla akan menikmati malam tersebut saat melihat kami membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali khas di depan mereka. Kami juga tak sabar nak berjumpa peminat kami semua,” ujar Angel menutup bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Sep 2024

Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Seakan reda, rumah tangga yang dibina selama 7 tahun berakhir dengan perpisahan 💔

Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022
Trending Wed, 31 Oct 2018

Nahas Pesawat JT 610, Juruteknik Kena Pecat

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.

Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Bertemu Penerbit & Jadi Tetamu Program Popular, Meerqeen Intai Peluang Kembang Kerjaya Di Indonesia

Meerqeen sempat bertemu beberapa orang penerbit dan wakil rumah produksi bagi membincangkan potensi kerjasama di Indonesia.

Trending Wed, 21 Mar 2018

Tampil Mohon Maaf, Jurusolek Sambilan Mengaku Sebar Gambar Anak Tok Ti.

Seperti yang anda tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti telah melahirkan seorang bayi perempuan pada Isnin lalu. Namun, berita kegembiraan tersebut menjadi kontroversi apabila gambar anaknya telah tular di laman sosial gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hiburan Sun, 2 Feb 2025

[VIDEO] “Hati Saya Hancur-Sehancurnya Bila Dapat Berita Dia Bertunang” – Naim Daniel Curah Perasaan Dalam ‘Selasa’

Naim Daniel putus cinta selepas empat tahun bersama wanita yang juga dalam industri

error: Content is protected !!