Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 21, 2022 @ 3:33pm

Kombinasi SOG & Shila Amzah Janji Kelainan Besar Dalam #AJL36

Walaupun masih baru di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) namun, gabungan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan penyanyi Shila Amzah menerusi lagu Pelukan Angkasa antara yang menjadi perhatian pendengar dan peminatnya tersendiri.

Walaupun akur dengan genre lagu yang sedikit berbeza, SOG mahupun Shila Amzah tidak gentar mengetengahkan konsep lagu sebegini malah menyifatkan kombinasi antara SOG dan dirinya sudah menunjukkan kelainan apatah lagi persembahan mereka nanti akan dimeriahkan dengan iringan orkestra.

“Saya rasa kombinasi antara Shila Amzah dan SOG itu sudah membawa kelainan. Manakala, dari segi muzik untuk lagu Pelukan Angkasa pula, keberanian kita  untuk menonjolkan lagu ni bersama dengan iringan orkestra sekaligus ia antara kelainan besar lah dalam AJL nanti,” katanya.

Sementara itu, menurut Raja Nazrin Shah selaku komposer lagu manakala liriknya pula ditulis oleh Fazleena Hishamuddin, Pelukan Angkasa merupakan lagu yang lengkap dan pastinya beliau sendiri sudah tidak sabar untuk mempersembahkan segala tenaga terhadap persembahan mereka pada malam kemuncak AJL36 yang akan berlangsung pada 6 Mac nanti.

Malah, beliau mengakui persembahan kali ini juga tidak melibatkan props yang begitu banyak memandangkan mereka hanya fokus kepada arrangement muzik, dan vibe yang berlainan dari persembahan semi final muzik-muzik dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

“Kelainan yang lebih ketara adalah kita akan bersama orkestra. Dan alang-alang menyeluk pekasam kami memang ada target untuk AJL kali ni dan sentiasa optimis dengan performance SOG.

“Arrangement muzik it’s not so much, props pun tak banyak memandangkan kami pun dah cukup ramai, vibe berbeza dan harap kita akn buat yang terbaik,” jelasnya.

Terdahulu, rata-rata peminat yang pertama kali mendengar muzik dan lagu Pelukan Angkasa ini mengakui lirik serta melodi lagu tersebut lengkap dengan suntikan elemen etnik, pop, rock dan metal dalam sebuah lagu sekaligus berteka-teki bahawa SOG dan Shila Amzah punya tempat tersendiri dalam AJL36 kali ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Trending Fri, 16 Jul 2021

Agents’ Arena – Siri Permainan Digital Interaktif Terbaru Dari Dunia Ejen Ali

Mencari aplikasi permainan mudah alih yang lebih interaktif untuk menemani anda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Terkini, siri popular animasi Ejen Ali The Movie telah melancarkan sebuah permainan mudah alih yang terbaru. Aplikasi permainan maya […]

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Gong Hyo Jin Chooses Favourite Character She’s Played

And it’s not what most of us expected.

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Ini Jawapan Win Aeril Zafrel Bila Wawa Minta Sofa Baru, Bagi Hint Ke Tu?

Wah, bukan main lagi jawapan Aeril buat Wawa kan?

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] “Saling Melengkapi! Comel Je ‘Awang’ & Bini Dia..” – Fattah Amin Ajar Fazura Bersilat Raih Perhatian Netizen!

Alahai comelnya pasangan sejoli ni. Fazura support filem, Fattah support bisnes ❤️🥰 They complete each other 🤩

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

Isu Buli Siber, Gangguan S*ksual… Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

Sophia Albarakbah menjadi mangsa serangan digital dan buli siber secara berlebihan.

Trending Sun, 27 Dec 2020
error: Content is protected !!