Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 1, 2022 @ 6:45pm

Pernah Meledak Dengan Pulang, Insomniacks Tak Letak Strategi Untuk Single ‘Sempurna’… Kini Berada Di Kedudukan No 1 Carta RIM!

Kumpulan Imsomniacks yang dianggotai oleh Iqie, Iskandar, Daniel dan Gavin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Sempurna.

Sempurna yang mengisahkan mengenai perasaan seseorang saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna ini ditulis oleh keempat-empat ahli kumpulan ini sendiri.

Pernah meledak dengan lagu Pulang yang meraih perhatian luar biasa di platform penstriman digital, empat jejaka kacak ini tidak meletakkan sebarang strategi untuk single Sempurna.

“Bagi kami sendiri, kami tak ada strategi sangat. Tapi falsafah kami semenjak dahulu adalah kami meletakkan matlamat untuk buat lagu terbaik, jadi lagu itu akan bersinar. Kalau lagu itu terkenal, kami anggap ia bonus.

“Selain itu, kami sendiri mahu lebih aktifkan diri dengan media social untuk mendekatkan diri dengan peminat. Kami mahu lebih aktif di TikTok, Instagram dan sebagainya,” kata Iskandar.

Bagai mengikut jejak langkah lagu Pulang, Sempurna kini menduduki tangga pertama carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM Malaysia) selepas dua minggu dilancarkan.

“Kami mula merakamkan lagu ini pada bulan September 2021. Ia merupakan projek ketiga kami bersama John dari JK Musicvibe selepas Pulang dan Reminisensi versi Reimagined.

“Dari awal lagi kami sebenarnya sudah mempunyai gambaran yang jelas tentang bagaimana bunyi yang harus dihasilkan dalam Sempurna.

“Namun kami menikmati proses pertukaran idea bersama penerbit kami Johan John sepanjang rakaman, yang juga banyak bersabar dengan permintaan kami sehingga menemukan titik kompromi untuk kami memberikan yang terbaik.

“Kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami kali ini dan harap para peminat juga akan menyukai apa yang telah kami usahakan,” kata Daniel pula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Aisyah Aziz Lebih Layak?

Korang rasa siapa lagi layak?

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Kekal Sihat

Soalan tak masuk akal pun ada tau! Contohnya, baru-baru ini, pelakon popular Bollywood menerima soalan seperti berapa kali dia membuang air besar? Hurm, mengarut kot wak.

familuv Thu, 29 Dec 2022
Trending Mon, 11 Nov 2019
Trending Thu, 17 Sep 2020

Arab Saudi Buka Sempadan 1 Januari 2021, Tempahan Umrah Boleh Dilakukan Mulai Sekarang

Berita terkini buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah..

Hiburan Thu, 7 Aug 2025
Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Da’I Adam Mahu Dikenali Sebagai Pendakwah Bukan Penyanyi

Orang yang pernah rasa kehilangan sahabat pasti faham dengan situasi saya…

error: Content is protected !!