Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 5, 2022 @ 4:48pm

Pesakit Berisiko Tinggi Covid-19 Bakal Menerima Ubat Antiviral Pfizer 2 Minggu Lagi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan ubat antiviral, Paxlovid keluaran Pfizer akan tiba bulan ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memuktamadkan urusan pembelian bulan lalu. 

Menurutnya, seramai 110,000 pesakit Covid-19 berisiko tinggi bakal menjadi kelompok pertama untuk mendapat rawatan menggunakan ubat antiviral ini yang dianggarkan akan tiba dalam masa dua minggu lagi. 

Tambahnya lagi, Khairy menyifatkan ketibaan ubat antiviral itu  dianggap sebagai ‘senjata’ dan usaha negara dalam membanteras dan membendung wabak Covid-19 yang semakin melonjak naik. 

“Ia menjadikan lebih banyak senjata yang akan digunakan kita dalam melawan Covid-19,” katanya ketika melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis, di Kuala Lumpur. 

Sementera itu, Khairy juga berkata sekiranya usaha mereka dalam merawat pesakit Covid-19 menggunakan ubat antiviral itu berhasil, maka pihak kerajaan akan melaksanakan perolehan kedua.

“Kalau kita dapati penggunaan berkesan, kita akan tambah dari Pfizer. Ada dua lagi kita akan beli iaitu dari Molnupiravir dan AstraZaneca, namun ia belum dimuktamadkan lagi,” katanya. 

Sumber: Berita Harian 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Mar 2018

Stephen Hawking Passes Away at Age 76

The iconic physicist, Stephen Hawking has passed away at the age of 76 this morning.

Featured Thu, 13 Oct 2022

Isu Habib Lempar Duit Pada Jemaah, Umie Aida Bagi Penjelasan

Haa sebab apa Habib tu lempar duit eh?

Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Trending Sun, 31 Oct 2021

Kembali Untuk Musim Terbaharu, Jangan Lupa Saksikan Lagu Cinta Kita 3 Malam Ini!

Lagu Cinta Kita 2 telah mencatat rekod kadar tontonan yang tinggi dan trending ketika bersiaran pada era pandemik Covid-19 tahun lepas. Selepas program itu melabuhkan tirai, finalis-finalis juga mula mengorak langkah dalam industri hiburan tanah […]

Featured Thu, 2 Mar 2023

Anak Istimewa Sudah Mula Berjalan, Edry KRU Tak Halang Cahaya Mata Terus Tinggal Di Luar Negara

Alhamdulillah banyak dah perubahan, moga yang baik-baik sahaja

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
error: Content is protected !!