Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 11, 2022 @ 4:52pm

Beri Pickup Line Pantun, Zizan Razak Dapat ‘Green Light’ Daiyan Trisha?

Pelakon terkenal Zizan Razak sering kali menjadi perbualan wargamaya lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik gambar bersama wanita.

Sebelum ini, Zizan kerap memuat naik beberapa keping gambar bersama pelakon dan penyanyi jelita Daiyan Trisha di akaun Instagram miliknya, di mana hantaran tersebut telah mendapat perhatian warganet dan juga rakan-rakan selebriti.

Terkini, gambar terbaru mereka yang berlatarbelakangkan pesawat sekali lagi meraih perhatian orang ramai dek kerana kapsyen Zizan yang seakan mengajak Daiyan untuk mejadi isterinya.

Ceh, bukan main lagi ya!

Melihat kapsyen tersebut, nampak gayanya Zizan mencuba untuk mengambil hati Daiyan menerusi kapsyen jiwangnya yang spontan sehingga menjadi sebuah pantun.

“Dulu masa kecik sy nak jadi pilot. Bila besar sy nak ade airport sendiri. Masa dulu awak asyik mengelak. Tapi harini awk sudi jadi isteri….. what..!!!?? Hahahaha. Jadi pantun pulekkk..@daiyantrisha,” tulisnya.

Lebih menarik lagi apabila penyanyi lagu Penat ini membalas kapsyen Zizan yang seakan memberi ‘green light’ atas lamaran gurauan Zizan itu.

“Tak fahamlah, cuba kahwin” kata Daiyan.

Sebelum ini jika Zizan memuat naik gambar mereka, Daiyan hanya membalas dengan emoji, kali ini sangat luar biasa saja.

Meskipun nampak bersahaja, namun komen balas Daiyan itu mungkin juga sekadar gurauan antara mereka.

Amboi Daiyan, cucuk line juga ya? Hihi!

Wargamaya memuji Zizan yang sangat direct memberi hint dan seakan merestui hubungan mereka berdua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Berang Usahawan Asyalliee Bubar Sistem Agent Secara Mengejut – “Lupa Ke Dia Kaya Sebab Apa?”

Hmm, banyak isu kan antara founder, agent dengan stokis ni? Apapun tuan badan dah tampil jelaskan

Fab Foodies! Tue, 15 May 2018

Jangan Biarkan Tubuh Korang Lemau Sepanjang Ramadhan, Baca Tips Ini!

Jika risau kehilangan mineral tubuh melalui peluh, boleh pilih minuman sukan. Sangat disyorkan mengambil minuman isotonik rendah atau bebas karbonat.

Featured Mon, 5 May 2025

Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama

Afifah berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Featured Mon, 29 Nov 2021

Pernah Digelar Gajah Oleh Rakan, Pemuda Tekad Turunkan Berat Badan

Sebenarnya sukar bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai perubahan dan transformasi untuk menurunkan berat badan terutamanya dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang […]

Featured Thu, 8 Aug 2024

Video Kritik Lee Zii Jia Tular, Pengulas Sukan Terima Komen Kasar… Siap Sebar Aib Keluarga!

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Harap yang berlaku dijadikan pengajaran💪🔥💥

Trending Fri, 10 Jan 2020

Woman Had “Pubic Hair” On Her Face Because Doctor Took A Skin From Her Groin As Emergency Measure

If you think you are having a bad day, try to put yourself in her shoes.

Featured Wed, 1 Dec 2021
Featured Mon, 18 Aug 2025
error: Content is protected !!