Events By: Aqilah Paharuzi March 24, 2022 @ 9:28pm

“Saya Ada 74 Baju….” – Selalu Pakai Baju Cef Sebab Nak Menunjuk Ke? Ini Respons Fazley Yaakob

Penampilan penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob yang sering memakai busana cef dipertikaikan oleh sesetengah netizen.

Ada yang mendakwa Fazley cuba untuk menunjuk-nunjuk kerjayanya sebagai seorang cef kepada orang ramai.

Menjawab persoalan tersebut, Fazley menegaskan bahawa pekerjaannya sebagai seorang tukang masak adakalanya mengambil masa yang sangat lama.

Justeru, dia menyarungkan baju cef hampir setiap hari kerana dia sedang berkerja sambil menjaga pelbagai jenama restoran.

“Kerja saya memang setiap hari perlu pakai baju cef, tapi antara orang sedar dan orang tak sedar, setiap baju yang saya sarungkan ada jenama yang sentiasa berbeza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“Bermakna kalau satu hari, saya ada urusan dengan empat jenama, dalam kereta saya pun akan ada empat baju cef yang sama warna tetapi berlainan jenama.

“Kalau saya tak pakai baju cef tu, bermakna saya tengah rehat dan tidak bekerja,” katanya.

Menurut pelantun lagu Asmara Ini itu, baju cef tersebut adalah sebagai uniform rasminya yang banyak mengendalikan pelbagai jenama perniagaan dan restoran.

Memasuki tahun ke sembilan dalam industri masakan, Fazley mendedahkan dia telah bekerjasama dengan hampir 80 jenama, sekaligus mempunyai 74 helai baju cef yang telah disusun rapi mengikut jenamanya sendiri.

“Semuanya ada 74 helai semenjak awal pembabitan. Pada saya, pemakaian baju cef tersebut adalah sebagai salah satu tanda saya menghormati pekerjaan saya, ia sama penting macam baju uniform untuk doktor yang melambangkan satu profession dan industri itu sendiri,” katanya.

Fazley ditemui di majlis perasmian dirinya sebagai duta cef jenama baharu dan Feast Nogori Style di The Manhattan Fish Market di 1 Utama petang tadi.

Majlis perasmian itu memperkenalkan menu signatur Manhattan Fish N’ Chips dengan stail Mayo Nogori yang mengetengahkan rasa masak lemak cili api, Salmon Gril segar pedas dengan Sambal Cili Hijau serta Nogori Sharing Platter yang menyediakan kombinasi makanan laut terbaik.

“Saya dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan. Pendekatan pertama saya seagai duta jenama adalah menerapkan cita rasa ini dalam variasi menu makanan laut stail Amerika.

“Bukan semua masakan Melayu Negeri Sembilan perlu disalai atau ekstra pedas. Dengan sedikit rempah kunyit dan cili hijau ia siap untuk dinikmati penggemar sajian The Manhattan Fish Market,” katanya.

Menu Feast Nogori Style akan mula dihidangkan bermula 24 Mac sehingga 31 Mei 2022 di semua cawangan The Manhattan Fish Market.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 2 Jan 2021

Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Nafiz Muaz Selamat Bergelar Suami

Tahniah Nafiz & isteri, selamat pengantin baru!

Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Featured Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Namakan Filem ‘Tiada Tajuk’, Mawi Nafi Sengaja Reka Gimik

Tiada Tajuk merupakan filem komedi arahan pertama Mawi dan bakal berada di pawagam bermula 4 April depan!

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Trending Wed, 21 Feb 2018

UJI RASHID MENGAMUK

Oleh kerana beberapa berita yang terpesong dari fakta, ramai rakan taulan menghubungi Uji dan menyangkakan Uji Rashid yang sakit dan terlantar tenat.