Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 26, 2022 @ 12:13pm

Selepas Yuna, Dolla & Iman Troye, Kini Giliran Aina Abdul Pula Terpampang Di Papan Iklan Times Square

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 36, Aina Abdul seakan tidak mempercayai bahawa wajahnya kini terpampang di ruang iklan tersohor di New York.

Perkongsian yang membanggakan itu dimuat naik di akaun Instagram miliknya memaparkan jelas wajah Aina dalam persalinan elegan serba putih terserlah di tengah bandar Times Square.

Menerusi kapsyen di hantaran tersebut, Aina meluahkan perasaannya yang menyifatkan pengiktirafan ini adala seperti satu mimpi kerana dapat bersama dengan penyanyi berkaliber yang lain dalam kempen EQUAL anjuran Spotify ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Still finding words to describe this precious moment! Thank you team who made it possible with me! To be on board with of the best female musicians for the EQUAL campaign still feels surreal to me! To another milestone!” katanya.

Menerusi satu video pendek yang dimuat naik oleh Spotify, Aina mendedahkan bahawa dia telah terpilih sebagai duta kempen EQUAL pada bulan ini berasa sangat istimewa kerana selaras dengan sambutan Hari Wanita Sedunia.

“Sertai saya untuk memperkasakan lagi wanita di Spotify. Dengarkan trek terbaru saya, ‘Fool’ dan muzik-muzik oleh penyanyi wanita lain dalam playlist Spotify: EQUAL Singapore & Malaysia.

“Marilah kita raikan wanita, tanpa mengira hari,”ujarnya.

Dengan pemilihan tersebut telah mencatatkan satu lagi langkah kejayaan dalam mengindahkan perjalanan karier seninya sebagai seorang penyanyi serta penerusi legasi muzik tanah air.

Untuk maklumat, kempen EQUAL ini menyenaraikan beberapa kategori ‘playlist’ yang mewakili penyanyi daripada pelbagai negara.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan mereka yang mengucapkan tahniah atas kejayaan unggul pelantun lagu Semalam itu.

Tidak ketinggalan, rakan-rakan selebriti tanah air juga turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Aina seperti penyanyi lagenda Rock wanita, Ella selaku mentor Aina dalam rancangan realiti televisyen Mentor Legend.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

「蝴蝶姐姐」恺乐519来马举办唯一一场签唱会

来自台湾的「巧克力女神」恺乐即将带着她的全新专辑《黑蝴蝶》来到马来西亚举办唯一一场专辑签唱会,与久违的大马歌迷们见面!

Featured Wed, 30 Apr 2025

Tular Foto Didakwa Ditahan, Saiful Apek Bakal Beri Penjelasan

Apek memberi penjelasan penuh mengenai insiden berlaku.

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

MEREKA SEMEMANGNYA BERBAKAT, JANGAN PANDANG RENDAH – MONOLOQUE

Selain mengarah muzik dalam filem Busker, beliau juga turut berlakon dan itu merupakan salah satu pengalaman yang baru bagi dirinya

Trending Tue, 1 Jun 2021
Hiburan Thu, 28 Dec 2023

Sanggup Botak Demi Sebuah Watak, Elisya Sandha Akui Dah Bersedia Nak Tambah Cahaya Mata

Wahh tak lama lagi Bunga dapat adik.. Semoga dipermudahkan urusan Elisya

Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Lisa Manoban Peluk Kucing Untuk Lepas Tekanan

Tak tau mana lagi comel…kucing ke tuan dia?

error: Content is protected !!