Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 4, 2022 @ 10:43am

Jangan Bawa Anak Kecil Ke Bazar Ramadan, Elak Jangkitan Covid-19

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menasihatkan agar ibu bapa tidak membawa anak-anak kecil ke bazar Ramadan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Ia perlu bagi melindungi golongan ini terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.

“Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.

“Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata, data terkini menunjukkan vaksinasi kanak-kanak hanya sebanyak 38 peratus manakala remaja 91.7 peratus dan dos penggalak pula 67.3 peratus.

“Ini menunjukkan vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih di tahap yang perlahan dan kami berharap ibu bapa mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka secepat mungkin,” jelasnya.

 

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Feb 2025

“Siapa Tak Suka Dilayan Seperti Raja” – Opai Seronok Tengok Fatin Afeefa Jadi Suri Rumah, Anggap Ia Pencapaian Terbaik Dalam Hidup

“Dia tak pernah menang apa-apa award tapi di rumah dia menang isteri dan ibut terbaik” – Opai

Trending Sat, 24 Jul 2021

Tutup Sampai Bahagian Buku Lali, Seragam Skuad Gimnas Jerman Curi Tumpuan

Wow, mungkin negara kita boleh buat macam ni juga…

Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

Featured Fri, 18 May 2018

Asyik Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Terlepas Dari Gendongan Ibu

Ibu bapa terlalu leka berselfie, akibatnya bayi 10 bulan meninggal dunia.

error: Content is protected !!