Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 4, 2022 @ 3:12pm

Naz Carpentry Saman Awal Ashaari: Perbicaraan Kes Langgar Kontrak Bermula Hari Ini

Susulan kes perbicaraan melanggar kontrak melibatkan pengacara popular, Awal Ashaari sejak 2021, pihak Naz Carpentry hari ini mengumumkan bahawa perbicaraan kes akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Ia merupakan saman sivil kedua selepas Awal disaman kerana didakwa memfitnah Naz Carpentry yang sebelum ini pernah memaklumkan bahawa, syarikat tersebut terbuka untuk menyelesaikan krisis tersebut melalui mediasi seperti yang dipohon oleh pihak defenden.

Difahamkan, saksi-saksi plaintif dari Naz Carpentry akan memberikan keterangan diikuti dengan defenden, Awal Ashaari bagi perbicaraan kes yang dijalankan melalui atas talian di firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak hari ini.

Menurut Pengurus Krisis dan Jurucakap Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari firma Saiful Ridzuan Public Relation and Communications mengesahkan, perbicaraan kes saman sivil itu bermula pagi tadi dan akan berjalan selama tiga hari.

“Setelah berbincang dengan barisan peguam dan mendengar pendapat mereka, Naz Carpentry membuat keputusan untuk melalui proses perbicaraan bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi,” katanya.

Sementara itu, saman yang difailkan oleh plaintif pada Februari tahun lepas mendakwa defendan, Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin, 41, telah melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baharu nya.

Dan ini sekaligus memungkiri perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Oleh itu, plaintif  dalam samannya, menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial serta baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan termasuklah kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Naz Carpentry juga menuntut deklarasi bahawa defendan tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata pihak plaintif akan memanggil seramai dua saksi dan pihak defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Awal Ashaari sendiri bagi memberi keterangan semasa kes berlangsung.

“Kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan semasa proses mediasi yang dicadangkan oleh pihak defendan sebelum ini maka barisan peguam kepada pihak plaintif akan memberikan yang terbaik bagi membela nasib anak guam semasa perbicaraan,” jelasnya.

Sebelum itu, pada November 2020, Naz Carpentry menyaman Awal Ashaari dan dua defendan yang lain setelah mendakwa pengacara televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan fitnah, melakukan pembulian siber dan ugutan undang-undang tanpa henti melalui akaun media sosial beliau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 20 Sep 2019

Taylor Swift Just Dropped Some Real S**t On What Actually Happened Between Her And Kanye

Taylor Swift just drops a major bombshells about Kanye West feud

Trending Thu, 24 Oct 2019

Instagram Says “No No” to Cosmetic Surgery Filters!

Seems like mental health is starting to get more awareness by the public, and people applause for that.

Featured Fri, 24 Jan 2025

Los Angeles Terbakar Lagi, Jasmin Suraya Fobia Berdepan Detik Cemas

“Semua orang terkejut dengan kebakaran ini”- Jasmin Suraya

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri […]

Featured Wed, 21 Jan 2026

Tular Didakwa Kahwin Dengan Gabenor Acheh, Vie Shantie Khan Perjelas Status Perkahwinan

Spekulasi mengenai penularan berita perkahwinan Gabenor Acheh, Muzakir Manaf dan usahawan, Vie Shanti Khan menyorot perhatian warganet.

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

[VIDEO] “Biar Tak Popular, Asal Dikenang Sebagai Manusia Baik” – Fimie Don

Fimie Don rela mati meninggalkan nama baik daripada buruk

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Cakra Khan Tidak Mahu Lagi Bersedih!

Sibuk berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!