Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 5, 2022 @ 1:22pm

“Mohon Doa Kalian Agar…” – Naim Daniel Tunai Umrah

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, telah berangkat menunaikan ibadah umrah semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Naim memohon orang ramai mendoakan perjalanannya ke Tanah Suci Makkah dipermudahkan.

“Assalammualaikum semuanya, Naim akan berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan umrah disana bermulai esok, mohon doa kalian agar perjalanan Naim dipermudahkan. Salam Ramadan, semuanya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian dari ramai rakan artis antaranya Syamel, Wany Hasrita, Sheila Rusly dan ramai lagi yang turut mendoakannya.

“Selamat pergi selamat balik Naim,” komen Wany Hasrita.

“Alhamdulillah jangan lupa mama,” kata Sheila Rusly.

“Semoga Allah permudahkan segalanya adik. Sampaikan salam pada Rasulullah,” pesan Shuib.

Naim juga turut kongsikan videonya setelah selesai menjalani ibadah umrah di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Semoga Naim mendapat umrah yang mabrur di bulan Ramadan yang mulia ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Thu, 22 Jun 2023
Events Thu, 13 Feb 2020
Featured Sun, 22 Dec 2024

Anak Sumber Kekuatan, Syamsul Yusof Peluk Erat Sumayyah – “Bergantung Hanya Pada Allah Seindah Namamu”

Syamsul kelihatan sedang berada di lokasi penggambaran bagi filem terbaharunya berjudul, Khawarij sebelum didatangi anak bongsunya, Sumayyah.

Events Fri, 19 May 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Mon, 6 Apr 2026

Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”

Pelakon Kamal Adli berkongsi momen paling sukar untuknya apabila mengimbau kembali saat melafazkan talak kepada isterinya bekas isterinya, Uqasha Senrose.

error: Content is protected !!