Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 8, 2022 @ 8:35pm

Ramadan Pertama Tanpa Siti Sarah, Shuib Akui Alami Selera Makan Yang Teruk Hingga Berat Badan Menyusut

Pelawak, Pelakon dan usahawan, Shuib mengakui Ramadan kali ini adalah yang paling mencabar buat dirinya.

Selain ini adalah Ramadan kali pertama yang disambut tanpa kehadiran isteri tercinta disisi, Shuib juga turut mengalami masalah selera makan yang teruk sehingga menyebabkan berat badannya menyusut.

“Apa yang challenging untuk saya adalah, saya ada masalah untuk makan for this ramadan. 

“Saya alami selera makan yang teruk. Selalunya puasa kita akan lapar kan? Tapi saya tak boleh makan. Tapi apa pun, insyaAllah semuanya okay,” katanya kepada Xtra.

Namun, Shuib tetap bersyukur kerana anak-anaknya sangat mudah diurus dan tidak cerewet soal memilih makanan.

“Untuk anak-anak saya semua tak ada masalah. Mereka tak ada masalah berpuasa, tak ada merengek-rengek semua tu tak ada.

“Malah, sepanjang Ramadan ni mereka memang excited. Kadang-kadang mereka teman saya pergi bazar, pasar, dan kalau minta kemas rumah pun mereka rajin untuk bantu,” jelasnya.

Shuib ditemui ketika sesi media secara maya menerusi program sepanjang Ramadan yang disiarkan di TV3 berjudul, Diari Daddy.

Diari Daddy akan bersiaran sebanyak 5 episod, mengisahkan tentang rutin harian keluarga Shuib bersama empat orang anaknya.

Penonton akan melihat sendiri bagaimana Shuib membahagikan waktunya antara kerja dan anak-anak terutamanya merancang aktiviti harian mereka di bulan Ramadan termasuk memasak, aktiviti di dalam dan luar rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

‘Fake Instagram’ Ini Jawapan Win Nana Al Haleq !

Terpalit sekali lagi dengan isu penuh kontroversi apabila tampil dengan baju yang begitu ‘wow’, individu ini label teruk Nana Al Haleq

Hiburan Thu, 3 Oct 2024
Hiburan Thu, 3 Jan 2019
Hiburan Sat, 10 Jun 2023

Teka-Teki Terjawab! Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann

Alhamdulillah akhirnya… Congrats Janna & Dini!

Featured Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Sharifah Sakinah Buat Hal Lagi?

Solat tu kan tiang agama…

error: Content is protected !!