Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 8, 2022 @ 8:43pm

Ini 5 Ciri Khas Istimewa Aplikasi Waktu Solat Malaysia Sempena Ramadan… Wajib Download Sekarang!

Kehadiran bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam saban tahun kerana dalam bulan ini mengandungi keberkatan.

Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, bersedekah, membaca al-Quran dan melakukan kebaikan kerana pada bulan Ramadan ini, ganjarannya berlipat kali ganda.

Untuk membantu umat Islam meningkatkan produktiviti serta amal ibadah di sepanjang Ramadan, aplikasi Waktu Solat Malaysia muncul dengan lima ciri khas istimewa sempena bulan yang mulia ini.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia berfungsi sebagai peringatan waktu solat, lengkap dengan kalendar Hijrah dan Gregorian serta ia mempunyai banyak fungsi menarik untuk memudahkan semua melaksanakan ibadah seharian.

Menerusi aplikasi mesra pengguna ini, anda boleh mengakses menu Halaqah, Tanyalah Ustaz, Nur, Media, Al-Quran, Wuduk, Wirid dan Zikir, Doa dan cara melaksanakan ibadah solat serta kandungan Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga boleh dikongsi oleh aplikasi luar seperti WhatsApp dan Telegram.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga mempunyai keistimewaan sendiri menerusin kompas digital magnetik untuk memudahkan pengguna mencari arah kiblat dengan tetapan getaran (vibrate) apabila telefon bimbit menghala ke arah yang tepat.

Malah, ia turut didatangkan dengan fungsi pengesan lokasi automatik untuk memastikan ketepatan arah kiblat setiap kali pengguna berada di lokasi yang berlainan.

Untuk pengetahuan anda, kandungan dan informasi dalam aplikasi Waktu Solat Malaysia ini diperolehi daripada sumber E-Solat JAKIM.

Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Trending Fri, 2 Aug 2019

Terhempas Dari Tingkat 5 PPR Kerinchi, Ada Yang Cedera

Pintu lif terbuka dan terhempas ke bawah sebelum melangkah keluar !!

Trending Sat, 29 May 2021

Filem & Drama Hebat Primeworks Studios Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan pengedar dan aggregator kandungan premium di Malaysia, Primeworks Studios. Bermula 1 Jun ini, penonton di Malaysia boleh mengakses lebih […]

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya, Dahlia Rizal.

Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️

Featured Thu, 6 Oct 2022
error: Content is protected !!